define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Take You Down - Pagi Hari di Durham

Take You Down

Rumah aku unfurnished. Dalam bilik aku ada almari yang memang dah ditinggalkan dari tenant lama kot. Yang bestnya sebab pintu almari yang yang tinggi dia dari lantai sampai lepas kepala aku ni bercermin. So, kira besar jugaklah cermin ni sebab boleh nampak satu badan.

Jadi salah satu perangai buruk sejak kebelakangan ini ialah buka lagu kuat-kuat lepas tu galak menari depan cermin. Haish. Keke

Lagu ni agak upbeat dan macam best pulak. So, semalam duk pasang lagu ni.

Anyway…

Semalam beberapa orang Malaysia perasan jambang aku yang semakin melebat. Berapa hari dah bulan Januari? So, dalam 20 hari jugak lah tak shave.

Malas… plus perasan-perasan macho sikit ada jambang ni. Well, aku rasa kalau rambut serabai, memang nampak serabai. Tapi kalau menggatal sikit pakai smart, baru nampak macam ada kaliber sikit.

Zariman berseloroh, ‘macam mana nak buat video klip (dengan jambang) macam ni?’

Hehe.


Leave a Reply

See also: