define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Swelling - Pagi Hari di Durham

Swelling

Previously on Amri’s life….

Bersemangat pergi main Frisbee hari Sabtu hari tu.

[Or click here]

walaupun suhu di paras beku iaitu 0 darjah.

Akibatnya…

[Or click here]

Dan oleh kerana masih tidak lega pada hari ini iaitu hari Selasa…

[And click here]

Dan selepas pulang ke rumah dan memaksa Hafidz mengambil gambar untuk menampakkan jambang yang semakin memanjang….

…. So that’s what you missed on Amri!
Gituh la kan. Keke.

Gatal sangat main time-time sejuk. Frisbee.. 0 darjah.. 2 jam.. maka ibu jari kaki tetiba macam kebas. Dan kadang-kadang kita ni terlupa yang ibu jari kaki tu sangat membantu perjalanan. Kalau perasan, robot takleh jalan cepat sebab takde jari kaki. Dan bila ibu jari kaki sakit, jari lain pun takleh nak bengkok sesuka hati.

Risau gak aku kot-kot frost bite. Sebab kalau frost bite, kaki boleh kena potong. Tapi menyedari semua ini pinjaman Illahi yang bila-bila sahaja boleh diambil, maka kuatkan diri untuk pergi klinik.

Bila nurse tu tengok (so, kalau sakit tak teruk, jumpa nurse sahaja), dia tanya. ‘Do you play sports?’

Wah, tengok kaki pun tahu?

I said yes.

Dia cakap yang swelling. Aku tanyalah kalau-kalau frost bite. Dia cakap tak. Dia kata dah luka di bawah kuku tu. Nanti kuku akan tertanggal (yang mana terus aku rasa ngilu bila dia cakap macam tu) dan akan tumbuh balik.

Terus kepala aku membayangkan jari tanpa kuku. Haish. Rasa ngeri pulak. Tapi at least bukan frost bite.

Aku tanya  berapa lama kuku akan tumbuh?

Dia kata 6 bulan?

Erk..

Boleh sports tak? Aku tanya. Soalan yang toksah haraplah aku akan tanya ketika berusia remaja.

Dia cakap boleh.

Well… dah dua tiga bulan terakhir kat UK, aku nak main Frisbee lagi….

Tapi for this few days, terpaksalah berehat. Solat pun kena duduk sebab takleh nak kena atas ibu jari kaki sebab rasa macam kebas. Oh, tahu tak kalau korang rasa kebas, tetiba orang sentuh atau cucuk-cucuk? Ha.. macam tu lah rasanya. Itu lah kan. Ibu jari kaki ni nampaknya macam biasa sahaja. Rupanya bila sekali tidak boleh digunakan, banyak gila benda yang aku guna untuk kehidupan rupanya, termasuk menolak pintu bilik dan pintu dapur.

Until next time~~


4 Responses to “Swelling”

  1. Dini says:

    *ngeri*

  2. Ikah says:

    Starting tu da mcm dlm drama omputih..haha..menarik2..

    -semoga cpt sembuh ya..ley feeling betul2 main Frisbee..hik3

  3. Nisa says:

    suka ayat ni “Tapi menyedari semua ini pinjaman Illahi yang bila-bila sahaja boleh diambil…”

  4. WaReMoN says:

    aku penah luka kt ibu jari kaki, sampai kuku pelan2 tercabut. ngeri gak, tapi lega bila kuku tu xdak. sakit all the time bila pakai kasut

Leave a Reply

See also: