Sempurna

Satu: Entri ini mungkin ada kaitan dengan isu-isu semasa. Mungkin.

Dua: Entri ini juga ialah luahan perasaan dari lubuk hati yang suci. Er.. sucikah?

Tiga: Lepas tulis tajuk, teringat lagu Faizal Tahir pulak.

Empat: Ada satu baris yang mungkin boleh menganggu-gugat sesetengah pihak di atas rujukan seksual. Diharap pihak sebegini elakkan diri untuk terus membaca.

Saya adalah seorang pelajar yang belajar di luar negara. Saya rasa ibu bapa saya bangga dengan apa yang saya sedang lalui. Sebagai seorang anak, saya rasa ini semua masih tidak cukup. Setakat belajar di luar negara itu bukan boleh balas jasa ibu bapa saya. Tapi kalau hari-hari yang saya lalui di sini boleh buat mereka ukir senyuman, saya cuba sedaya upaya.

Mereka ini ibu bapa saya. Mereka mungkin pada luarannya nampak gembira juga saya belajar di luar negara. Tapi tiap kali telefon ibu bapa saya tahu apa yang saya lalui. Rasa semak kepala otak. Tidak boleh tidur. Tahu juga perangai anak bongsu seorang ini yang sudah sekian lama sebegitu. Bangun lewat. Malas hendak kemas rumah. Dan hal-hal yang mengaibkan diri yang tidaklah perlu dijadikan bacaan awam. Jadi saya rasa ibu bapa saya bangga kerana saya ini anak mereka. Kalau saya tidak cukup sempurna pun, mereka masih sayang akan saya. Dan di akhir hari, mereka tidaklah peduli jika saya ini belajar di luar negeri, atau duduk di bawah ketiak emak, mereka tetap sayang di hati.

Tapi lainnya dengan masyarakat. Saya selalu rasa bercampur baur bila orang-orang lain bangga dengan saya kerana mereka ingat saya bijak pandai kerana belajar di luar negara. Ada juga suara yang berkata yang mereka mahu jadi macam saya. Saya risau. Kerana saya ini juga punya kekurangan. Malas. Suka berlibur dan bergosip. Juga hal-hal yang mengaibkan diri yang tidaklah perlu dijadikan bacaan awam. Saya tidak kisah jika anak-anak penakan kata mereka hendak jadi macam Pak Tam. Kerana anak-anak penakan tahu yang Pak Tam mereka ini orang yang bagaimana, baiknya ketika kenyang, tapi mudah panas baran jika diganggu ketika makan. Anak-anak penakan tidak lihat saya ini sempurna. Mereka hanya lihat saya sebagai seorang bapa saudara.

Bila saya kata saya tidak sempurna, saya selalu rasa orang-orang yang menghormati saya tidak bersetuju. Malah mereka melihat ini sebagai tanda rendah diri dari hati yang suci. Well… (tetiba) mungkinlah saya tidak buat perkara yang tidak torah seperti tidaklah meniduri wanita-wanita Eropah di sini walau ada peluang (statement… boleh??). Itu contoh kritikal. Tapi saya sekadar manusia. Luaran nampak waras, dalaman hati hanya Tuhan yang tahu. Saya tidak pinta untuk orang-orang lain membenci saya. Tapi sekadar hormat saya sebagai seorang manusia, itu sudah cukup baik. Hormat sebagai manusia yang punya baik buruknya, mungkin ada kelemahan di masa lampau, mahupun masa mendatang.

Pernah saya tulis dahulu. Saya selalu rasa risau. Mungkin juga kerana personaliti saya ini seorang yang perisau. Tapi sepanjang hidup, saya selalu rasa yang orang lain berharap tinggi pada saya. Lebih dari apa yang saya harap pada diri sendiri. Cerita lama yang agak sudah basi. Tika menunggu keputusan SPM, cikgu O bertanya pada saya, berapa A yang saya agak saya akan perolehi. Saya kira di tangan dan saya sebut 5. Kemudian pada hari keputusan, memang benar saya dapat 5A seperti yang saya agak. Tapi ketika berjalan hendak melihat keputusan, seorang guru ini menyuarakan kekecewaannya kerana dia tahu saya tidak memperoleh kesemua A. Itu tamparan hebat buat saya. Dan itu juga corak hidup saya sejak itu. Ataupun sejak kecil. Diharap untuk berjaya. Bukan. Bukan diharap. Dianggap untuk berjaya. Dan bila anggapan tidak menemui sasaran, biasanya manusia kecewa.

Sampai ke hari ini, saya risau. Saya tidaklah terkenal di peringkat nasional akan kebolehupayaan saya dalam akademik. Saya berseloroh dengan sahabat baik dua hari lalu, saya mungkin setakat peringkat kampung. Tapi pada mata orang lain, saya ini diharap dan dianggap akan berjaya. Bukanlah salah. Itu doa. Cuma risau. Saya ini usaha. Cuma saya tidak sempurna.

Itu sebab saya selalu pernah tulis begini.

You, who had loved me when I was nothing, and still loving me for the nothingness I am; Thank You

Kerana dengan mereka-mereka ini, saya tidak risau. Kalau hari esok saya tersadung di belukar duniawi, saya tahu mereka tetap di sisi. Cuma agaknya dunia ini umpama dalam istana budaya. Bila beberapa orang diampai ke atas pentas, semua mata lain ramai memandang. Dan yang di atas itu, sama ada menari, menyanyi mahupun sekadar bermonolog, perlulah tampak hebat dan tidak ada cela.

Saya mungkin berdiri di atas pentas. Tidak di tengah. Sekadar pak pacak yang cuba mendapatkan watak tambahan, sebelum watak utama. Ada mungkin saya naik, ada mungkin saya jatuh. Dan kalau suatu hari nanti saya berjaya, itu kurnia Illahi. Kalau saya jatuh dan gagal, selalu saya terfikir, orang-orang itu yang hormat saya bagai nak rak, adakah mereka masih hormat saya sebagai seorang manusia yang tidak sempurna, sedang anggapan mereka terhadap saya tidak seperti yang mereka harapkan?

[Nota kepada sponsor dan pihak yang berkaitan: Ini bukan luahan hati sebab rasa nak fail study. Writing in progress, dah dapat correction untuk satu dua chapter dari sv, dan submission is expected in February. Just to say that so far, I've got 3 publication, and rather optimistic to finish the program albeit a bit later than agreed upon.]


4 Responses to “Sempurna”

  1. Dini says:

    Kalau bro Amri jatuh dan gagal, sy yg sekarang ini menghormati bro Amri, akan terus menghormati bro Amri sbg seorg manusia. Mana ada org sempurna anyway kan :)

  2. Ikah says:

    As salam abg Am..saya pun dpt 5A je spm..tp skrg tgh tunggu result STPM..sy sentiasa fikir mesti abg am dpt result power sbb pergi ke MPP seterusnya wat degree kt malaysia sampai lah thp abg am skrg..tiba2 je dtg perasaan ‘abg amri pun 5A je spm, tp kt universiti skor habis sampai layak ke luar negara..knp aku tak ley?’..mmg hasrat belajar ke luar negara tu ada tp x da keyakinan sbb english biasa2 saja..MUET pun band 3..hik3..takpe la abg amri..bg sy org y perisau tahap normal, mereka akan sediakan plan2 in case something happened, mereka akan tahu apa nak buat..thank you sbb share tntg abg akademik abg amri sedikit arini..semoga abg amri berjaya menggembirakan parents dan family =D..

  3. Amri says:

    Thanks Dini :)

    Ikah, InsyaAllah, kalau usaha, adalah hasil di hujungnya :)

  4. WaReMoN says:

    mungkin ang nak tukar ke “…seperti meniduri wanita-wanita Eropah di sini walau ada peluang”

Leave a Reply

See also: