Rumour

Cerita rawak satu

Dok suruh Naz tunjuk map larian (yang guna runkeeper tu). Saja seronok tengok. Maybe sebab I’m geeky like that. Bila ada benda-benda yang ditanda dalam map, atau kalau dicartakan, atau diangkakan dan diperatuskan, rasa lebih puas melihat. Tapi, bebenda yang memang kuantitatif lah. Bila bab-bab kualitatif ni, aku geram sikit orang cakap macam 70 peratus yakin, 30 peratus tak. It’s like… itu perasaanlah. Boleh pula ko ukur-ukur macam tu. Kalau, aku dah study 2/3 dah. That’s okay.

Aku ada baca orang lain tulis, dan aku repeat kat sini. Ayat seperti ‘I’m giving my 110%’. Ataupun ‘A hundred million percent yes’ dalam American Idol.

Mana ada giving ’110% effort’. Giving 100% tu kira dah sehabis bolehlah. Kalau ada lagi 10% tu, maybe sebab ada orang lain tolong? But that’s not your effort.

Cerita rawak satu: Meroyan tentang angka

Cerita rawak dua

Rentetan cerita Naz, dia kata dia taknak tunjuk map sebab tak glamer, bukan macam aku yang berlari di Paris bagai.

First, it’s Naz, so aku tahu dia melawak.

Tapi tetiba teringat time waktu kat USM. Ada seorang kawan aku datang lepas buka semester.

‘Aku dengar ko dapat 3.80′

Nak pengsan kat situ sebab waktu tu rasanya tak dapat dean list pun. Korang ni, suka hiperbola betul.

Hari tu aku stalk blog-blog yang mention aku atau boh video Youtube aku kat blog diorang (oops), pastu nampak satu statement budak ni. Lama dah dia tulis dalam 2 tahun lepas. Something like ‘abang ni baru 25 tahun dah ada PhD’.

Sentap. Mana ada PhD lagi. Tengah dok sesak-sesak nafas nih. Tapi tu lah kan. Dah gatal menepek diri dalam Youtube, pastu ala-ala taknak cerita semua, orang speculate laa kan.

Cerita rawak tiga

Semalam share lagu A Thousand Miles yang Vanessa Carlton punya tapi dicover oleh Alex Goot dan Boyce Avenue. Aku shout out kat kawan aku ‘lagu matriks weh’ sebab memang time lagu asal popular, aku kat matriks waktu tu.

Lepas tu kawan aku pun mention, ‘time-time rebellious’.

Aku balaslah, kalau nak rebellious dengan lelagu Linkin Park. Lagu A Thousand Miles ni adalah lagu melambai pada Pak Guard pada hari Isnin. Well, let him just know what it means. Lepas tu dia reply.

‘ahhahahahahaa..seludup masuk dalam bonet kereta sgt!’

Dan haruslah aku ketawa sakan.

Ceritanya begini. Dan adik-adik sekalian, janganlah buat bebenda macam ni. Minta guna saluran yang betul.

“Tapi Amri pun buat, last-last belajar kat UK jugak”

“Motif apa aku buat dikira suci murni dan membolehkan belajar ke luar negara?”

Okeh, over sikit.

Zezaman matriks dulu, kalau nak keluar sebenarnya agak susah. Mesti ada tandatangan bagai.

Pada weekend itu, family aku nak melancong ke Port Dickson dan aku nak ikut. So, disebabkan nak ikut jugak, aku suruh kak ipar aku datang amik. Tapi dek kerana taknak minta kebenaran, sembunyi dalam bonet lah. Kak ipar aku masuk kata nak melawat, lepas tu, aku masuk kereta dan diseludup keluar. So, berjayalah keluar dan pergi bercuti di Port Dickson.

Hah, jangan ikut pulak. Ataupun at least, dapatkan restu keluarga dulu kalau nak buat bebenda macam ni. Kalau mak korang approve, baru boleh.


2 Responses to “Rumour”

  1. WaReMoN says:

    Wah, ang penah seludup keluar dalam bonet ke? X ingat plak

  2. Amri says:

    Ada lah.. Hang ni… lupa pulak

Leave a Reply

See also: