Kuku Kaki

Ingat tak cerita kuku kaki aku yang tercedera dek kerana bermain Frisbee pada suhu 0 darjah?

Ya.

Dok main gak Frisbee sejak kebelakangan ni, dan Alhamdulillah, dah semakin okay.

Walaupun nurse tu kata kuku tu akan tercabut, dan kemudian diganti semula, tapi tak tercabut pun, dan boleh nampak ada line kuku baru di bahagian permulaan kuku. Agaknya dia heal dah kot? Tapi the rest of the kuku ibu jari kaki tu memang hitamlah.

Okay lah kan.

On the other hand, sekarang ni aku dok follow beginner street dance punya class.

Hari Sabtu hari tu, instructor dia, Chris, yang mana budak Durham Uni jugak, bagi aku private session dek kerana lembab sikit nak coordinate. Diorang sekarang ni tengah aim latihan untuk show bulan depan.

So, aku pun cakap okay ja, tak pernah-pernah nak masuk, so give it a try. 27 hb kan? Aku tanya.

Dia kata ya. 27, 28 dan 29.

Aku tanya, kenapa sampai 3 hari?

Oh, sebab show ni dibuka pada umum.

Oh really? Aku mati-mati ingat ini setakat show sesama bebudak dance class lain sahaja. Sentap sekejap. But well, demi menyahut cabaran daripada orang-orang yang meninggalkan komen di Youtube, so I’ll take it.

Esok malam ada open mic pulak kat Ustinov. Dah plan nak nyanyi lagu Lego House tu, and maybe Someone Like You dengan penuh perasaan?? Keke (Halim, aku menyanyi bagi pihak ko sebab ko emo-emo dengan lagu tu kan?)

Motip sangat entri ini penuh dengan aktiviti sosial :P

Okay, back to Literature Survey chapter…..


One Response to “Kuku Kaki”

  1. Don’t forget me i beg~ i remember you said~ sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead~

    :’(

Leave a Reply

See also: