Haiwan Kegemaran Saya

[Amaran: Ini adalah entri over. Read at your own risk]

Haiwan kegemaran saya ialah Highland Cow (Lembu Bukit? Lembu Gunung? Lembu Tanah Tinggi?). Lembu tanah tinggi ini boleh didapati di kawasan berbukit di Scotland. Bulunya yang lebat sesuai dengan suhu di Scotland yang sejuk. Rakan saya Pierre berkata yang rambut menutupi mata itu ialah untuk mengikut perkembangan fesyen semasa. Mungkin juga untuk bersaing dengan lembu-lembu baka lain di tempat-tempat lain.

Muka lembu ini sangat tembam dan comel. Saya mahu benar memeluk dan memicit pipi lembu-lembu ini sambil mengusap-usap rambut dan bulunya yang panjang. Harap-harap lembu ini tidak akan bermanja balas seperti kucing kerana saya tidak mahu ditusuk dengan tanduknya yang tajam.

Badan lembu ini juga tembam dan montel. Tapi saya tidak mahu makan lembu ini. Saya hanya mahu jadikan sebagai haiwan peliharaan supaya boleh menenangkan jiwa saya memandang lembu-lembu ini bila saya stress dari kehidupan duniawi ini.

Kalaulah saya ada banyak duit, saya akan bawa satu dua ekor balik ke Malaysia dan membela mereka dalam kandang khas dengan suhu yang berpatutan supaya mereka tidak mati kepanasan. Kalau tidak ada kandang sebegitu, terpaksalah saya mengupah orang untuk mengipas mereka setiap satu dua jam ataupun membeli kipas besar supaya mereka tidak berasa panas. Saya akan pastikan setiap pagi sebelum saya pergi ke kerja, saya akan memeluk lembu ini terlebih dahulu supaya diberikan kasih sayang sepenuhnya, terutamanya kerana mereka ini jauh dari keluarga tersayang.

Nyeh nyeh nyeh, nak makan… nak makan

Menyuapkan makanan kepada haiwan peliharaan, tanda kasih sayang sejati.

Berdiri dengan sangat macho sambil bergaya dengan fesyen rambut yang unik dan bulu yang tebal.

Saya yang menahan diri dari memanjat pagar untuk memeluk lembu yang comel ini.


Video lama saya memberi lembu makan. Sila tengok dalam HD!!


10 Responses to “Haiwan Kegemaran Saya”

  1. Dini says:

    Video itu sangat cute. Dini pun suka Highland cows :D

  2. entry ini sangat kinky. ai loike.

  3. Arabella says:

    Bila baca terdetik ..”aloh..aloh..”

    Deng! tergelak sensorang dalam opis bila baca entry ini oke..grr .. =p

  4. Umar says:

    Haha macam appa dalam avatar! Comel la plak lembu tu

  5. Nisa says:

    hahaha…. pastikan pakai perfume lepas peluk lembu tu sebelum pergi kerja…

    gaji tuk kipas lembu tu brapa? kalau >RM3000, nak hantaq resume :)

  6. jue says:

    x machoooooo..tp ‘jambuuuu’ hihi

  7. nadia says:

    lembu itu sgt comel..membaca entri membuatkan sy rasa amri pun seorang yg comel..lalalalalala~~~

  8. dari membaca entri hingga menonton video asyik tersengih sorang2..

    binatang peliharaan? serius???

  9. WaReMoN says:

    ingatkan kerbau.

    tapi lembu di NZ sgt garang. xleh mai dekat, nanti dia konpom tanduk

Leave a Reply

See also: