define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); FAQ - Pagi Hari di Durham

FAQ

Ini adalah Amri’s Frequently Asked Questions(FAQ) keluaran pertama.
FAQ ini ditetapkan sah sehingga 15 Februari 2012.

1. Bila hendak habis?
Entah. Bila dah submit, kira habis lah.

2. Bila hendak balik Malaysia?
Entah. Bila dah submit, dan viva, baliklah Malaysia.

3. Bila konvo?
Bila dah submit, dah pass viva, konvolah.

4. Bila hendak submit?
Dijangka mid/akhir Februari.

5. Bila hendak viva?
Selepas submit, nanti akan diberitahu oleh school.

6. Jangkaan untuk viva?
March/April? Mungkin?

7. Kenapa macam tak pasti sahaja?
*hendak memberi jawapan yang menyentapkan tapi dikulum dalam mulut supaya tidak rude.
Proses ini menglibatkan individu itu sendiri (baca: saya), penyelia dan juga pihak universiti juga pemeriksa dalaman dan luaran. Maka, tarikh yang tetap tidak dapat ditentukan selagi mana submission belum dibuat.

8. So, bilanya submission?
Rujuk soalan nombor 4.

9. Lepas submission, balik Malaysia kah?
Rujuk soalan nombor 7.

10. Ya lah,ya lah, kiranya lepas dah submit, akan balik Malaysia kah?
Kiranya begitulah (rolls eyes dengan keadaan tidak obvious).
[Jawapan dalam hati: Meskipun memaparkan gambar-gambar dan video-video yang seperti best di luar negara, nasi lemak dan roti canai tetap di hati. Motip meragui diri ini untuk lari dari kontrak dan menetap di UK? Bukannya jatuh cinta dengan mana-mana minah Eropah dan mahu menetap di sini. Plus, kalau nak lari, tak bubuh benda-benda dalam Youtube tuh]

Ada lagi soalan yang ingin ditanya? Sila tinggalkan di dalam ruangan komen supaya boleh dikompilasikan dalam keluaran kedua kelak.


10 Responses to “FAQ”

  1. Ikah says:

    As salam abg amri..

    -seronok dpt tgk blog student kat oversea mcm abg amri..abg amri nnti jd pensyarah kt usm lah kan? subjek apa ek? kt tv3 aritu tak jelas sgt..terima kasih

  2. Nisa says:

    Lawak lah… siap ada tempoh sah lagi.. keke

    Q:Bila submit, kira viva lah?

  3. Amri says:

    Nisa, rujuk soalan 4,5 dan 6

    Ikah, InsyaAllah, itulah harapnya. School maths.

  4. nadia says:

    1. balik usm nanti,jd pensyarah utk school mane?
    2. klu fans ajk lepak,agak2 terima tak x?

  5. 1000. kahwin bila kah?

    1001. bila maw siap belum ku temu?

  6. fangirls tegar says:

    Assalamualaikum Abang Amri,

    1. Bila nak release lagu baru?
    2. Nanti balik Malaysia, dah ngajar USM masih nak teruskan aktiviti-aktiviti youtube ke?
    3. Dah ada awek belom? hiks

    Ok bai.

  7. Amri says:

    Nadia,
    1. sudah dijawab dalam komen sebelum anda.
    2. Perlulah diraikan dengan balloon, pom-pom dan juga hiasan keliling bilik. Oops, taklah. Of course boleh, asalkan fans belanja. Keke.

    Pingu,
    1. Motip! Akan ditentukan kelak.
    2. Ah, yang tu pun tak tahu bila. Asyik dok tunggu ada mood baru nak tulis.

    fangirls tegar,
    Waalaikummussalam.
    1. Tidak ada perancangan lagi memandangkan Ini Langkahku baru saja release.
    2. Maybe.
    3. Kekeke. No komen (ini adalah jawapan standard artis dan yang perasan-perasan artis)

  8. Nisa says:

    Takla… maksud Nisa, bila submit tu terus dikira pass ka?? Nisa dgr kalau mcm Amri ni, kalau tak pass, kena start dari mula balik kan?

    ~ mendoakan yang terbaik untuk anda…Aamin…

  9. nadia says:

    jom lepak kat queensbay!hahaha..

  10. Amri says:

    Nisa, tidak. Selepas submit, perlu tunggu pemeriksa baca, dan kemudian kena melalui proses viva yang mana pemeriksa akan bertanya kepada PhD candidates. Kemudian barulah diketahui sama ada pass atau tidak.

    Kebiasaannya, sama ada diberi lulus tanpa pembetulan, ataupun lulus dengan pembetulan minor (diberi tempoh satu bulan). Kalau agak teruk, biasanya disuruh buat pembetulan major (6 bulan).

    nadia, wah.

Leave a Reply

See also: