FAQ (Youtube related)

Ada beberapa orang yang bertanya soalan berikut. Jadi, buat satu entri untuk ini

1. Guna program apa edit video?
Edit video guna Adobe Premiere Pro. Program ni agak kompleks, so kepada yang mahu mencuba, gunalah program yang simple-simple dulu macam Windows Movie Maker. Bila dah dapat vibe dia, baru guna yang lebih advanced. Premiere Pro ni tak banyak effect macam program editing lain. Kekuatan dia dari segi ketepatan dalam cut, pastu bila nak sync kan voice dengan mulut lebih mudah.

2. Habis, tak sync pun kadang-kadang voice dalam Youtube tu?

Ini masalah rendering yang dibuat oleh Youtube kadang-kadang. Sangat menyakitkan hati sebab video nampak lawa dah kat komputer, sekali bila post, mulut tak betul-betul sync.

3. Bagaimana edit video I’m Yours Malay Version?

Yang ni buat cara tradisional. Lukis atas kertas, lepas tu scan. Edit guna Adobe Photoshop, dan bagi gambar tu atas transparent dan export ke GIF. Jadi boleh letak atas background mana-mana. Kemudian gerakkan dalam Adobe Premiere. Kalau lebih cekap, boleh ja lukis dan buat dalam Adobe Flash. Tapi saya tak cekap Adobe Flash.

4. Kenapa tak buat lagu sendiri?

Sedang dalam proses. Masalahnya sebab tak reti nak main instrument, so tu sebab tersentot sikit projek ni. Tapi dah jumpa program yang boleh produce background music. So, maybe dalam masa terdekat.

5. Suara tak sedap, sila ambil kelas vokal..

Kadang-kadang tak perasan kiok di sana sini sampailah dah publish lagu tu. Lepas tu terus kecewa dan bersembunyi di sudut sepi (tiru ayat Pingu Toha). Adapun, tidak bercadang untuk jadi penyanyi profesional dan tak ada peluang pun nak ambil kelas vokal. So, bear with me yea.

6. Menari macam ****, ambil kelas menari..

Ada attend dance class sekarang ni. Tapi ya lah kan, dah tua baru nak mula, mana boleh nak tetiba jadi macam penari pro. Ala korang ni… cer rileks-rileks jer. Ini kan video suka-suki, bukan dihantar ke mana-mana pertandingan macam video raya hari itu. Hehe.

7. Bro, apa kata kau cari orang lain jer suruh nyanyi…

Ko ingat ini production house?? Ahem ahem (mengawal diri). Adapun ini adalah projek suka-suka hati. Tak dapat duit pun. Perabih duit ada. Nak cari orang lain lagi?

8. Apalah cakap baku sangat? Cuba cakap macam biasa jer..

Itu memang cara saya bercakap (dalam setting formal) daripada dahulu sampai sekarang. Rileks la bro. Baku jer pun, bukan mencarut.

9. Tak ada cadangan nak buat video lawak ataupun parody?

Tidak pandai berseloroh dalam khalayak umum. Kalau kawan-kawan rapat tu, boleh lah nak melawak sikit-sikit. Kalau nak video lawak, tengoklah matluthfi. Amanwan pun best.

10. I love you, Amri!!

I love you too (sambil melempar flying kiss. Tak kenyit mata sebab tak de kemampuan untuk kenyit mata).

Ada lagi soalan berkaitan Youtube/video? Boleh lemparkan di ruangan komen.


5 Responses to “FAQ (Youtube related)”

  1. ahmad says:

    takde cadang nak buat kerjasama dgn mana2 org atau artis youtube? Mcm collaboration jarak jauh.

  2. Amri says:

    ahmad, pernah ada cadangan, tapi kurang kemampuan. Kekangan masa dan juga beza time difference.

    Maybe di masa hadapan :)

  3. Ikah says:

    kalo ada masa lapang sgt2, ley tak abg amri remake music video untuk lagu i’m yours dgn ada penampilan abg amri mcm lagu2 lain dgn love story sbb LS tu tersangat2 simple..kalo ada masa lapang ^^..TQ

  4. Amri says:

    Ikah, jujurnya memang ada rasa teringin nak buat video untuk Love Story. Tapi masa lapang tu, tak berapa ada.

    Lagu I’m Yours tu memang tak ada cadangan untuk dibuat semula sebab itu antara video yang saya appreciate. Banyak cerita di sebalik video tu :)

  5. Ikah says:

    Okes!! I’m Yours tu takda masalah pun..character pun comel2..tp LS tu mesti!! hehe kidding.. teruskan usaha abg amri translate lagu ni @ cover.. biarlah ada sesetengah tak suka kan..tp percayalah y suka lg ramai ^^

Leave a Reply

See also: