Duck

Dok mengedit video DUCK weekend lepas. Bangun hari Ahad, gi kelas dancing. Balik tu sambung edit. Adalah video ni yang aku buatkan untuk Durham Uni Charity Kommittee. Video interview exec diorang. Ni boleh dijadikan portfolio di masa akan datang. Full video tak upload lagi Youtube sebab nak tunggu diorang sendiri yang upload. So aku upload opening montage yang amik masa 2 jam untuk edit. Hasilnya – 11 saat ja pun.

Soalan tipikal yang orang tanya. Edit video guna apa. Jawapan: Adobe Premiere.

Tapi style itu ini, cuba jayalah. Nampak gayanya program macam iMovie (Mac based, yang aku tak pernah guna) pun boleh buat video-video yang hasilnya memang nampak pro.

Macam mana nak belajar buat video? Cuba jaya (Ulang sekali lagi). Youtube tutorial pun banyak. Tak pun, bergurulah. Boleh saja nanti kalau aku balik dan bayar aku sejumlah wang, dan aku boleh tolong ajar. Asalkan jangan tujuan hendak berguru itu kerana berharap kita dapat meluangkan masa bersama, dan jatuh cinta… macam dalam movie-movie atau buku novel yang Pingu Toha tulis tu…

Anyway… sesambil buat video nih, sempatlah bergosipan dengan Hasnol dan Hafidz. Bunyinya seperti ini.

“Ada seorang budak perempuan ni yang macam dumb blonde. Aku suka,” kata aku. “Tapi dia tak blondelah.”

“So, dia dumb?” Tanya Hasnol.

“Eh, taklah. I think she’s brilliant, tapi style dia …” well… ala-ala cam gedik-gedik sopan. Hari tu ada sapa ntah tanya aku apa dia ‘gedik’ dalam BI. Aku pun tak tau. Kalau aku, aku maybe guna ‘bubbly’.

Dan terbelajar istilah ‘sentap’.

Dulu-dulu-dulu, pernah sekali aku guna dalam blog ni – ‘flabbergasted’ untuk perkataan sentap. Tapi tak betul tu. Mana ada orang putih guna perkataan tu. Diorang sini guna ‘Oh snap’. Dengar 2-3 orang guna sejak beberapa bulan kebelakangan ini, baru dapat kesedaran yang itu equivalent ‘sentap’.

Moving on.

Selepas beritahu Hasnol, aku tunjuklah video DUCK ni pada dia. Sepatutnya lepas opening montage ni, ada soalan ‘What’s your name’ dan disusuli sorang-sorang menyebut nama diorang dengan pantas. 13 orang kesemuanya.

Dan sekali tengok, terus Hasnol cakap ‘that’s her right?’.

‘How did you know??’ Aku sedikit in awe sebab Hasnol dapat meneka budak perempuan gedik-gedik sopan itu dengan sekali lihat.

‘Sekilas perempuan gedik di tv, dapat ku tahu yang mana satu Lutfi berkenan’, well, he didn’t say that. I just put it for dramatization.

Anyhow, diharap fe-fangirls di luar sana tidak berkecil hati bila aku over bersembang tentang gadis lain (motip tak Halim?). Anda semua masih di hati (ayat cover).

Okeh, nak ciao. Nak masak kari udang.


3 Responses to “Duck”

  1. MENJELMA! patut kah ku parody entry tersebut di atas?

  2. Amri says:

    Silalah. Keke :D

  3. WaReMoN says:

    whuut~~ xdak pun dlm opening montage ang

Leave a Reply

See also: