Colour of my life

Baru lepas telefon mak.

“Lama dah tak telefon mak ya,” aku kata.

“Dah berbelas hari dah.”

Terus rasa bersalah sebab mak kira lagi.

Kadang-kadang terlupa plus tak ada cerita menarik untuk dikongsi.

Telefon tadi sebab nak menceritakan fasal debat semalam. Excited cerita kat mak sebab anak dia diacknowledge best floor speaker walaupun ada mat saleh – mat saleh lain dalam bilik tu dan anak dia ni selalu benar salah grammar ketika bercakap apatah lagi menulis. Hehe.

**

Sedang makan sandwich dengan teh tarik. Teh tarik dari paket teh tarik segera, Iskandar bagi hari tu. Iskandar in charge event Amazing Race untuk bebudak Malaysia kat UK. Hari tu aku pun dengan penuh semangat memberikan idea. Haruslah. I’m a huge huge fan of TAR.

**

Sekarang ni tengah nak berlatih untuk stamina. Tak puas hati sebab bila main Frisbee cepat semput. Itulah kan, orang lain, daripada kecik berlari-larian. Aku hari tu menceritakan pada Hasnol yang time UPSR, waktu PJ, aku akan mintak cikgu untuk lepak kat kelas. Ngelat kan?

Hari tu aku try lari 12km/j selama 2 minit berterusan tanpa henti. Lepas ni aku nak buat regim yang sama dalam selang 1 minit berehat. Saja nak mimik larian dalam Frisbee yang sekejap berlari, lepas tu rehat sekejap, pastu sambung lari balik.

**

Kalau ada sesapa yang follow channel Youtube aku yang lagi satu, aku dalam proses mengupload video-video lama ke dalam channel tu.

Tadi baru upload video ni. Bila tengok balik, terus memori dibawa ke beberapa tahun yang lampau. Dan yang bestnya sebab ada part masak ayam first time ever. Yang mana cerita goreng ayam, tak tukar kaler kuning macam mak masak tu (sebab tak boh kunyit), jadi cerita yang aku selalu cerita kat orang :)

Anyway, time aku sampai kat UK dulu bulan puasa, tu sebab duk cerita fasal tak cukup makan ini itu.

Good old days.. or.. bad old days :D

Anyway…


4 Responses to “Colour of my life”

  1. nadia says:

    apa yg channel youtube amri yg lg 1?

  2. Ikah says:

    hehe tahu2..sblm ni abg amri ada chan flexinam kan? ^^

  3. Amri says:

    Ikah, yup. Tengah nak merge masuk ke amrisvideovault, tambahan lagi ada sesetengah video yang saya upload dalam channel lama tu yang kualiti rendah sedang saya video yang kualiti lebih tinggi.

    Tu time-time internet slow…

Leave a Reply

See also: