Ban the burqa

Entri ini didedikasikan khas untuk Husna dan Sabrina

Ini baru balik dari debat ‘This House Would Ban The Burqua’
yang dianjurkan oleh Durham Union Society. DUS ni macam kelab debat sinilah, tapi it goes beyond that sebab diorang ada banyak connection dengan orang-orang penting. Event-event diorang pun banyak libatkan orang-orang penting.

Yang hari ni pun, dia jemput (saja tidak dinamakan)

Proposition:

Orang UKIP prospective Parliamentary candidate. Orang politiklah.

Imam of the Oxford Islamic Congregation and Trustee of the British Muslims for Secular Democracy. Orang agama. Pelik sekejap kenapa dia proposition.

Opposition:

Editor of Spiked labelled ‘one of Britian’s sharpest social commentators’, that’s what in the description.

Durham lecturer and Director of the Centre for the History of Political Thought – orang akademia.

Maka pergilah aku. Husna dengan Sabrina pun pergi jugak tapi tak dapat masuk sebab bukan member. Haish, diorang ni kekwat betul. Dan yang tak bestnya sebab awal tadi waktu solat Jumaat dan juga newsletter Islamic Soc, ada bagitau fasal benda ni. Kan ke bagus kalau diorang check dulu ini member event ke tak.

So, aku pun duduklah sorang-sorang.

Aku pergi atas kapasiti orang yang takde ilmu mendalam terhadap agama. Tapi memang di hati tak setuju lah ban the burqa. Oh, burqa ni… apa ya orang panggil kat Malaysia …. yang tudung tutup muka tu.

Datang first proposition, dia cakaplah fasal security issue. So marilah ban burqa di tempat awam.

First opposition, dia cakap fasal kebebasan ekspresi. So, maksudnya tak perlulah diskriminasi orang nak pakai macam mana pun.

Second opposition telah berjaya buatkan darah aku naik membuak-buak. Dia ni Muslim, dan describe dirinya sebagai ‘imam’. Point dia:-

Burqa bukan cabang Islam tapi sekadar tradisi. Dan kerana kita berada di UK, maka ikutlah UK. Dia punya argument termasuk security issue, tak dapat nak social interaction dan ada satu lagi aku dah lupa. Adalah lagi yang dia go quite far yang mana aku tak nak mention kat sini.

Yang sentapnya sebab dia buat lawak panggil orang pakai burqa ni ninja. Audience gelaklah. Tapi aku tak geram dekat audience yang gelak, sebab diorang bukan Islam.

Muka aku memang berang (dan macho <–sempat lagi tu) waktu dia tengah bercakap sampai dia tengok dekat aku waktu bagi hujah dia. Haruslah aku bagi muka tak puas hati sebab memang tak puas hati. Dalam hati aku, ‘I feel so embarassed being called Muslim if that’s what an Imam like’ (Ini ayat sarkastik, sila faham).

Second opposition bangun, dia cakap fasal freedom jugaklah.

Maka kemudian, floor open to the audience sebelum sesi penggulungan.

Pakat-pakat angkat tangan dan bercakap apa yang rasa di hati.

So, bercampur baurlah yang sokong, dan yang tak sokong.

Aku angkat tangan juga, dan lepas 3-4 orang cakap, aku pun cakap.

Aku kata, “don’t use the word burqa, because it is an attack towards certain people or culture. If you really believe that the issue is security, or social interaction, ban facemasking in general”. Okeh, I swear I sounded terrible than what I’ve written here. Aku sambung “so you know those chav people who wear hoodies and cover their face, need to be banned as well”. Orang gelak dan tepuk termasuk mamat second proposition nih. Aku confused, tak faham sarcasm kah? Aku bukan tengah bersetuju suruh ban burqa.

Lepas tu ada 4-5 orang lagi cakap. Kebanyakan diorang ni walaupun bukan Islam, banyak bagi point yang rasional, so aku setuju. Sampai ada sorang mamat ni yang attack that Imam, aku setuju dan aku tepuk kuat-kuat. (Haiyoh, darah muda kaan).

Lepas tu conclusion dari opposition.

Lepas tu conclusion dari proposition.

Boleh tak tetiba proposition pertama, yang bukan Imam tu lah, waktu conclude, cakap macam ini. ‘This man got it right’, sambil menuding pada aku.

Haruslah aku separa perasan best, separa malu-malu highland cow kucing ketika di point out di depan audience kaan.

Dia cakap dia setuju dengan aku sebab kalau nak ban, jangan ban burqa saja.

Pastu imam tu pun bangun jugak nak conclude (walhal patutnya sorang ja). Adalah dia emo-emo jugak yang aku tak setuju. Tak ingat dah apa dia. Aku pun emo jugak kan, tapi setakat dalam hati dan diwajahkan sajalah.

Pastu habis.

Pastu tetiba ada pulak rupanya best floor speaker who will win a bottle of wine, award yang diberikan pada audience yang diorang suka.

And haruslah kan entri ini dibuat sebab nak bagitau yang aku dapat award tuh. Tambah lagi orang yang agak mencapap macam aku kan?

Well, I’m happy about it.

But I’m much more happy that they see my point.

Ceritanya beginilah.

Ini negara bukan Islam yang mana orang bukan Islam dia bukan macam orang Cina dan India di Malaysia. Orang Cina, India Malaysia tahu fasal daging halal, kita tak minum etc etc. These people have not much of the knowledge.

So bila ada saja regulasi yang secara tak langsungnya merujuk pada orang Islam macam burqa ni, sama ada orang Islam sendiri rasa it’s a part of Islam or it’s just a part of a culture; aku rasa macam ini sedikit attack towards certain group of people, which is us, Muslim.

Itu sebab, walaupun family aku tak pakai burqa, kawan aku ada yang free hair, aku masih against ‘banning burqa’ because the regulation is a against a religious practise rather than believing that it is for security matter.

Walau bagaimanapun, ini setakat debat peringkat universiti. Jadi takde impaknya terhadap regulasi yang mungkin akan dibuat dalam masa terdekat.

Tapi manalah tahu kalau-kalau one of this guy will lead UK in the future. Hope they see what I mean.

Oh, fasal wine tuh. Tak ambil lah….

Ini memang standard event kat sini. Bila menang something, diorang selalu bagi bottle of wine. Tahun 2010 pun waktu research day kat school, yang menang best speaker dapat bottle of wine. Mujur waktu aku menang tahun lepas dapat duit. Boleh digunakan untuk bayar bil rumah :)


6 Responses to “Ban the burqa”

  1. miRzha says:

    well done mate!..by the way,malu2 highland cow..ahaha:D

  2. nurul says:

    in Malaysia, they called it purdah..

  3. Amri says:

    Thanks Mirza. Hehe, haruslah highland cow kan ;)

    Nurul, ah yes. That’s the word!

  4. WaReMoN says:

    Sebenarnya purdah tu maksud umum utk menutup wanita dari pandangan lelaki.

    Burqa plak specifically adalah sejenis pakaian yg besa kita nmpk org Arab pakai.

  5. Amri says:

    Dalam konteks masyarakat kita, aku rasa purdah tu perkataan yang kita rujuk pada burqa

  6. WaReMoN says:

    which is why aku buh “sebenarnya”, sbb besa kita mmg refer purdah kpd burqa. not totally incorrect, tp vice-versa lebih tepat

Leave a Reply

See also: