define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Soalan dari Madad - Pagi Hari di Durham

Soalan dari Madad

Soalan dari Madad dalam komen entri lepas

Br. Amri, I actually got an offer to further my postgrad.study at Durham University, nxt year. Best x study kt Durham?

Mula-mula jawapan formal

Saudara Madad,

Durham University adalah salah satu universiti yang mempunyai reputasi baik di United Kingdom. Dalam era globalisasi yang tidak mengenal sempadan (tetiba), belajar di universiti yang sebegini boleh memberikan anda kickstart dalam bidang kerjaya kelak.

Walau bagaimanapun, terpulanglah kepada seseorang individu itu sendiri untuk mempergunakan apa yang dipelajari juga kemahiran lain bagi memastikan dirinya kompetitif apabila keluar dari menara gading kelak.

Begitu juga dengan persekitaran pembelajaran di sini, setiap individu akan mempunyai pendapat berbeza terhadap suasana kelas mahupun aktiviti sosial. Terpulanglah kepada individu tersebut.

Pada hemat saya, Durham University menawarkan suasana yang kondusif kepada para pelajarnya. Dengan keadaan universiti yang hampir dengan bandar, pelbagai kemudahan boleh diperolehi untuk menikmati suasana hidup yang baik. Aktiviti persatuan yang aktif sama ada dalam kalangan pelajar Malaysia sendiri mahupun aktiviti kelab dan persatuan, anda bakal memperolehi pengalaman yang luas sambil mempelajari dan melihat budaya negara dunia pertama.

Maka, ambillah peluang yang ada bukan atas nama gah kerana belajar di luar negara, tapi pada pengalaman yang bisa diperolehi dan dikongsi bersama masyarakat kita kelak.

Amri

Kemudian jawapan tak formal

Madad,

Ish, apsal tak cari uni-uni kat London. Kat London lagi best. Senang cari makanan Malaysia. Mahal sikit la. Durham up north. Sejuk ooh berbanding London. Tapi kalau rasa-rasa nak tengok snow, maybe inilah tempatnya.

Reputation Durham okaylah.

Aku dulu kat Brunel Uni (West London). Yang aku rasa best sikit kat sini sebab student activities dia banyak. Ko boleh join sports, tak pun kelab-kelab permainan dalam pun ada. Kat Ustinov (iaitu kolej bagi postgrad, tapi ada juga postgrad dapat kolej kediaman lain), memang diorang ada buat board game night.

Tapi kalau ko belajar Durham, duduklah sama ada kat kolej ataupun cari rumah bebetul dalam town. Kalau tak memang tak leh la nak join bebenda kelab/persatuan nih. Sebab kalau jauh sikit, conform rasa malas hendak jalan keluar memandangkan cuaca sejuk.

Oh, dukacitanya, kedai daging halal baru tutup bulan lepas. Takpe, kedai pizza halal ada dalam 3-4 kat sini, so kalau malas bolehlah beli pizza ka, ayam goreng ka. Tapi kalau nak daging mentah, kenalah pergi Newcastle macam waktu aku first year dulu.

Best tak study kat Durham? Well, aku rasa best tak best tu, bergantung pada diri sendiri ye tak? Yang tak berapa best kat UK ni sebab takde kedai mamak, jadi banyak melepak kat rumah jer lah dah sesejuk nih. Tapi kalau pandai bersosial, ajak kengkawan datang lepak ke apa ke, best jugak.

Aku takde kelas, so aku tak tau camna stylenya. Tapi sama ja memana pun. Kelas, alau kat sini diorang cakap omputih dengan slang susah nak faham, maybe la kot. Tapi kalau kat Malaysia, lecturer cakap Melayu pun kengkadang kita tak faham kan? So.. well.

So, ikutlah. Aku rasa okay ja kot.

Amri


6 Responses to “Soalan dari Madad”

  1. Madad says:

    Wah! siap ada special post utk jwb soalan tu.. thanks a lot Amri =D it helps a lot. Aku sbnrny bkl smbung dlm ‘philosophy’, insya Allah..aku dpt offer dr U lain gak; Edinburgh and Aberdeen. Pastu pening pulak nk plih mana satu.haha. Mula2 minat gak nk try U area London, tapi mslhnya dgn tajaan ni la kena apply ikut snarai U yg diberi je. anyway thx lg skali for the reply. nt la, dpt pegi durham aku blanja mkn! ;p
    note: aku ‘saudari’ bkn ‘saudara’.haha

  2. Amri says:

    Ah, tergender-biased pulak. Sori saudari.

    Edinburgh is a lovely city. Aberdeen up north sangat, lagi sejuk. Nice city, but well, I don’t have much experience on it.

    I did come across few philosophy student, including one of my very close friend yang dah menghilangkan diri dari alam maya. But from what I heard, philosophy kat Durham dikira sangat bagus. So yeah

  3. Madad says:

    Xpe.. I actually prefer England rather than Scotland. haha. Ada jugak tengok few videos of Durham city + photos..it’s nice..ha, your video ‘falling for you’ (yg dlm snow tu kn- was recorded in durham) right? Yeah my lecturer said Aberdeen’s climate is too cold…I haven’t made any decision yet..still have time to think.. btw, u buat master skrg kn, bila habis?

  4. Madad says:

    Gosh! suddenly realized I shouldn’t have asked that question.this is so-public. sorry. thanks once again. I’ll drop by here again next time ;D

  5. Amri says:

    Yep Fall For You tu kat Durham. And yup, rather not answered it in public, haha.

  6. WaReMoN says:

    Aah…

Leave a Reply

See also: