define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Rawak time winter - Pagi Hari di Durham

Rawak time winter

That awkward moment when…

Kadang-kadang pelik bila orang guna ‘that awkward moment when…’ punya ayat time-time tak awkward. ‘That awkward moment when I thought I bought bananas but I didn’t’. Awkward kah? Lupa saja…

Kamu

Dua tiga post lepas yang tajuk Kamu tu sebenarnya nak bercakap fasal ni, tapi terpusing topik lain pulak. Oh, aku selalu bahasakan diri sebagai ‘saya’ dan ‘kamu’ dengan total stranger yang aku rasa lebih muda. Misalnya dengan Mahir dan Sophie, memang dua-dua diorang aku panggil ‘kamu’.

Lagi satu, sebagai seorang lelaki, aku rasa penggunaan kamu lebih sopan dan tidak berbaur flirting. Kalau ‘awak’ macam sedikit flirtatious. You dan I akan aku gunakan kalau bercakap BI. Kalau BM seperti ‘you dah makan?’ That’s a no.

Ini berbunyi sangat full of myself, tapi berdasarkan pengalaman, aku memang selalu memberikan aura flirting walaupun tidak bermaksud. Oops.

Witty

Aku senang get along dengan orang yang witty. Tadi tinggalkan komen di FB

Wafee balas macam tu. Yang keji sikit rasanya sebab yang like komen Wafee dengan yang like komen aku tu orang-orang yang berbeza. Harus aku rasa macam ada Team Amri dengan Team Wafee. Ciss.

Awal term hari tu, aku melepak dengan Husna dan Sabrina. Cerita-cerita fasal FB.

“Sorry, aku tak approve hari tu. Aku tak add orang-orang yang aku tak kenal atau tak pernah jumpa,” aku bagitau diorang.

Sekali kena balas dengan Sabrina, “oooh, diva”. Keji!

Haha.

I mean, right moment, right timing, it make me burst into laughter.

Tapi ada juga orang-orang yang aku jumpa yang kadang-kadang bagi komen macam tu, tapi maybe disebabkan nada diorang kot, aku senang offended. Misal kata ‘buat apa tu?’ aku tanya. ‘Basuh pinggan’ walhal tidak basuh pinggan dengan nada diva. Haiyoh, aku berbahasa basi ja…. Tak tegur lah lain kali.

But anyway, I’m not that witty. Aku agak socially awkward. Itu sebab biasanya aku ambil pendekatan sopan daripada cakap bebenda bebukan sebab nanti aku senang mencetuskan saat-saat awkward. Yes, sopan. Barulah baru boleh menjadi son-in-law material. Oops. Yes, aku sopan tapi agak full of myself. My bad.


2 Responses to “Rawak time winter”

  1. nurul says:

    Ahah..masih ingat insiden ‘diva’ itu rupanya..lol

  2. Amri says:

    Of course! haha

Leave a Reply

See also: