Negatif Lima

Minggu lepas ialah minggu yang aku tak sabar nak tunggu hari Jumaat tiba. Well, life sebagai student research, taklah kisah sangat fasal hujung minggu. Sebab kadangkala kena juga buat kerja. Tapi dek kerana Research Day, ditambah deraf yang patut dihantar hari Khamis, tapi ngelat hantar pagi Jumaat, membuatkan aku tak cukup tido, dan tak sabar menunggu Jumaat tiba.

Maka weekend ini telah didekasikan untuk projek peribadi, iaitu Moves Like Jagger Malay Version punya video klip. Selsema lagi, maka suara takleh nak reach high pitch lagi. Maka taklah rerecord balik suara.

Tapi semalam ke Newcastle untuk rakaman video. Sebabnya perlukan khidmat cameraman. Hafidz takde sebab bercuti-cutian dengan keluarga ke Edinburgh, hari ni dah sampai Aberdeen dah pun.

Jadi memaksa Shuki dan Mardhiyah untuk tolong merakam. Yang galaknya sebab semalam punya suhu ialah -5 darjah. Tapi gatal juga pergi area Northumbria Uni untuk merakam video. Tangan aku beku seperti biasa.

Saja mahu tease, video kali ini ialah cubaan untuk menyaingi artis-artis K-Pop seperti Jay Park (jeling Kak Dijah), tapi dah sebut pun -5 darjah celcius kan, so takdelah nak sleeveless ke, apa ke. Pakai baju biasa sahaja.

Motif sangat terasa rajin nak buat projek-projek video beradon ni time-time musim sejuk yang beku nih. Time summer hari tu tak gatal pulak. Eh, tak-tak… sapa kata tak gatal. Kan menggatalkan diri buat time bulan posa sambil menyuruh/menyeru/memaksa pelakon-pelakon tambahan pakai baju raya lagi tu kan.

Oh-oh, biasanya retis-retis tak over request kan, tapi dek kerana aku ialah retis Youtube yang tak berapa berpengaruh, kalau nanti tengok video tuh bila keluar esok-esok-esok-esok, dan suka dance move aku (ooops, ada dance….), sila panggil aku Jason Derulo Malaysia. [Terasa hendak muntah hijau dengan statement sendiri. Sekian]


4 Responses to “Negatif Lima”

  1. *muntah tanpa perlu tinguk vidio tersebut*

  2. Amri says:

    Pingu Toha, sebagai ahli ‘&ETC’, haruslah memberi sokongan. Keke

  3. kasi ku part xtina aguilera!!!

  4. kak dijah bini Jay Park says:

    Suka topi suka topi suka topi!kekeke

Leave a Reply

See also: