define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Kamu - Pagi Hari di Durham

Kamu

Kadang-kadang stalk FB anak menakan aku. Well, dah terpacul kat Newsfeed.

Anak menakan aku yang perempuan, er… Darjah 4 atau 5, ada buat group dengan kawan-kawan perempuan dia. Dia letak poll ini dekat group tersebut:

“Awak rancangkan warna tema apa sewaktu perkahwinan awak nnti???????”

Wah wah, dah plan dari sekarang warna tema. Aku sengih besar baca soalan tu.

Di cerita yang lainnya, tetiba ada orang tanya soalan sentap dalam video Moves Like Jagger Malay Version tuh. Tidak, tidak, bukan soalan yang mempertikaikan kebolehan vokal mahupun menari. Tanya sama ada tesis sudah dihantar atau belum. Garu-garu kepala aku sebab terfikir sama ada orang yang komen ialah rakan-rakan rapat, fangirl yang saja menyakat atau orang-orang dari sponsor.

Walau bagaimanapun, aku jawablah yang jujurnya iaitu first draft punya deadline ialah 5 Januari 2012. Itu seperti yang dipersetujui dengan supervisor.

Dah mencapap sesuka hati ni, kena jugalah share maklumat ini di khalayak ramai kalau-kalau orang-orang KPT datang melawat blog ini. So far target first draft adalah seperti yang dinyatakan di atas. Hopefully by early Feb or mid Feb dah boleh submit. Dan kemudian, kalau semuanya lancar, viva lah.

Wah, dah bagitau dah. And let’s hope everything goes fine. Amin.

So that’s the plan.


One Response to “Kamu”

  1. Madad says:

    Br. Amri, I actually got an offer to further my postgrad.study at Durham University, nxt year. Best x study kt Durham?

Leave a Reply

See also: