Fear

Mula-mula pengumuman. Fear Factor is back! Sebenarnya taklah berapa follow sangat season yang akhir-akhir tapi seronok juga kalau dapat tengok balik. Semalam tengok episod 1, malam ni later, lepas buat slides, nak tengok episod 2.

Baru tersedar yang meeting rupanya hari Jumaat. Lega sedikit. Hari ni (which is later today, sekarang pukul 2.31 pagi) ada Research Day. Slides tak siap lagi. Boleh lah gatal pergi open mic dulu sebelum siapkan slides.

Semalam nak buat, tapi tiba-tiba dapat panic attack. Panic attack ini seperti ini ya adik-adik. Otak memikirkan segala yang perlu disiapkan, slides yang perlu disiapkan bagi presentation hari Rabu, kemudian satu chapter yang hendak dihantar pada supervisor pada hari Khamis…. eh, memang salah tengok, hantar hari Khamis, meeting hari Jumaat; DAN otak beku dan panic attack dan tidak boleh tidur disebabkan panik, letih, lapar, dan main game kat phone tak menang-menang.

Hasilnya, pukul 11.40pagi baru dapat tido. Lepas bangun, few hours later, okay dah.

Ah, ini hal biasa sahaja. Biasanya malas hendak cerita. Cycle of my depression due to study here. Tapi kadang-kadang bagus juga berkongsi. Ya tak?

Tadi kat open mic, aku lepak dengan budak Indonesian ni, Ramon namanya. Dia ni aku kenal dari jiran rumah aku. Jiran sebelah rumah aku pun budak Indonesia jugak.

Waktu aku termenung sebelum perform, Ramon cakap, ‘relax, you’ll be okay’. Aku kata aku tak risau about performance. Aku tengah risau fasal presentation esok.

But the performance went well. Aku baca poem Don’t Take Summer Away From Me yang aku tulis sebulan dua yang lepas. Pastu aku nyanyi lagu Swear It Again – Westlife. Not bad. Walaupun banyak gila part yang aku termiss out words sebab terlupa, ternyanyi rangkap lain. Dah lama tak dengar lagu Swear It Again ni.

Waktu baca poem best, sebab semua orang diam. Adalah dalam 20 lebih orang kat Fisher House. So terasa appreciated.

Waktu nyanyi, ada sorang girl yang saja bawa keluar phone dan goyang-goyang kat atas. It was a nice reception, so I enjoyed it.

Aku nyanyi satu lagu ja sebab tak sempat nak prepare banyak. Plus aku demam hari tu, dan sekarang masih selsema dan batuk (boleh laa bila nyanyi, tak batuk pulak kan?). Jadi beberapa lagu aku takleh nak capai key tinggi sebab suara tak berapa sihat.

Oh well.

Anyway, time untuk sambung buat slides. Esok presentation! :)


Leave a Reply

See also: