We found love

Nota awal: Tajuk takde kaitan.

First part: Soal jawab tentang melancong

salam encik lutfi.. =)
maaf mengganggu..erm nak tanyer pasal euro trip, i saw ur video on euro tour..so nk tanyer pasal accommodation erm kt sane, how do u find cheap places to stay? what ir ur range of prices?
i am going with 3 other frens, starts from London, Rome, Venice and Berlin.. your advice could help a lot..=)
thanks!!

Teha

Teha,

Gunakan website seperti hostelworld.com untuk mencari penginapan murah. Website ini hanya akan caj 10% sahaja daripada jumlah yang perlu dibayar dan bakinya boleh dilunaskan di tempat kediaman kelak. Ada filter yang boleh digunakan untuk menghadkan carian jika anda mahu bilik dormitory hanya untuk wanita, misalnya. Adapun harga setiap negara ini berbeza-beza. Untuk hostel, bajet untuk bandar seperti Paris ialah 20-30 Euro. London, anda boleh dapat dalam lingkungan 7-15 pounds sterling jika tempah awal. Bandar-bandar di Germany juga dalam lingkungan yang sama.

Dormitory ini seperti di asrama. Yang mana ada katil, locker (mungkin perlu dibayar) dan bilik air dan tandas yang share. Ketika saya berbagpacking, ada beberapa tempat yang telah kami tempah lebih awal. Misalnya di Venice, kami sudah book hotel (3 orang satu bilik) yang dalam lingkungan 40-60 Euro (tak ingat dah). Bergantung kepada diri sendiri dan rakan sepelancongan, anda bolehlah memilih antara hotel dan hostel. Cuma, kalau bijak memilih hostel, anda dapat menginap benar-benar di kawasan bandar. Tapi kalau hotel, yang murah-murah selalunya out of the city.

Untuk London, saya akan mencadangkan Smart Hyde Park Inn Hostel yang mana hostel ini lokasinya berdekatan Malaysia Hall – senang untuk makan dan solat. Tapi, sila ambil perhatian yang biliknya sangat compact dan kurang selesa. Tapi ada tirai di setiap katil, jadi ketika tidur, anda boleh menarik tirai supaya gaya buruk tidur anda (jika berkaitan) tidak dilihat oleh orang lain.

Untuk bandar-bandar lain, saya kurang pasti. Tapi bolehlah rujuk pada review dalam laman web tersebut.

Jika tinggal di hostel, mesrakan diri anda untuk menegur orang-orang di katil sebelah. Barulah dapat berkenalan dengan orang-orang yang turut melancong.

Amri

Second part: Cerita fasal orang yang gatal kaki nak melancong tapi kena stay untuk concentrate writing

Semalam, banyak benar gadis-gadis (keke) yang membuat sesi luahan perasaan pada aku. Sepanjang dari pukul 12 tengah malam sehingga 6 pagi, campur-campur cerita fasal problem percintaan, problem kena sihir, problem tak terluah dan juga problem mencari peserta untuk program. Variety kan?

Cuba membantu setakat mampu. Tak sempat call mak semalam. Ni tadi baru call.

Aku call mak, dan mengadu, ‘mak… sejak demam hari tu, suara tak pulih lagi. Tak dapat nak nyanyi note tinggi’. And yes, I talk to my mom about this stuff, and yes; I probably use the word ‘pulih’ in my daily conversation. Tapi seriously, suara aku tak recover sejak hari tu. So kalau nak gatal nyanyi lagu If You’re Not The One. Bila sampai ‘is there any way that I can … stay.. stay..’; part stay tu tak terkeluar suara.

Anyway…

Antara soalan yang aku berulang kali dapat dari video backpacking tu ialah: sama ada aku dah plan pergerakan tu awal-awal. And the answer is yes. Kiranya kitorang memang dah plan untuk berjalan keluar skrin, dan masuk skrin di bandar yang lain. Tapi ada beberapa kes yang macam di Prague/Bratislava, yang mana Mahadi tiba-tiba patah balik; itu tak dirancang. Mahadi tiba-tiba patah balik di Prague. So, sebelum buat ‘walk in’ di Bratislava (the next city), aku suruh Mahadi masuk screen, dan keluar balik supaya boleh match up dengan video sebelumnya.

Take note yang kitorang buat benda ni bandar-bandar yang berbeza. So, ada masa untuk plan apa nak dibuat. Itu sebab sampai di Vienna, sebab dah bosan asyik jalan ke tepi, kitorang jalan ke arah kamera. Dekat Barcelona, sebenarnya aku berhenti macam tak semangat kat tengah skrin tu sebab memang realitinya aku dah penat (boleh rujuk vlog backpacking), so suruhlah Rosmin tolak.

But towards the end, korang boleh perasan yang kitorang macam dah malas sebab ada part yang mana aku masuk dulu, tapi Mahadi pulak yang keluar dulu (part Cordoba/Madrid).

Moving on…

Dah lapar. Mahu masuk dapur cari something.. Ah, ada cheese cake…. dan makan sambil tengok Gokaiger episod 28.

Gambar hari tu waktu Lumiere: Oleh kerana Amar tidak mahu didukung, jadi offer dia Ambrosia Custard.

Dan dapat pun didukung akhirnya… siap boleh suruh senyum lagi. Mengungkap seperti ayat sesetengah orang, ‘nanti aku ada anak perempuan, bolehlah jadikan Amar sebagai menantu’. Bidasan: Masalahnya kau ingat Amar tu sesenang hati boleh berkenan kat anak perempuan kau?


4 Responses to “We found love”

  1. tulip says:

    last pic: muka puas ati dpt dokung amar ;)

  2. teha says:

    wah, panjang lebar penerangan nye..thanks a lot for the tips, sgt2 berguna but sadly kami da cancel kn trip tu untk winter holiday ni sb risiko keadaan cuaca yang tak menentu.
    so kami plan nk tangguh kn trip tu di musim akan datang..
    btw, ade kenalan2 dari background masters in architecture tak? nak berkongsi pendapat dan experience tentang course ni di UK.. =)

    neway, sorry lambat pulak reply, load of work makin bertambah.

  3. Amri says:

    teha, takde.. sorry

  4. Baru perasan entri ni. Yang lagi bestnya I guess this Teha is my bestfriend. Hahahaha.. Mesti dia nampak video tu masa saya post kat fb kot. Mula-mula nampak soalan je. Bila nak comment ternampak comment Teha & tanya pasal masters in architecture? Memang tak salah orang laaa.. (^_^)

Leave a Reply

See also: