define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Me-say-day-o - Pagi Hari di Durham

Me-say-day-o

Ini baru entri yang mengeluarkan perkara-perkara yang bermain di kepala.

I – Ahmad

Aku baru hantar email untuk Research Day yang akan berlangsung dua minggu lagi. Hari tu dah ada dah. Ni ada lagi. Dah supervisor suruh hantar, maka selaku anak didik yang baik, hantar lah. Ya lah kan, dah dia boleh cool jer fasal video Youtube aku, maka aku pun kena jugalah cool dalam hal yang lain. Seperti biasa, kalau aktiviti melibatkan akademik, aku guna nama Ahmad. Sebab biasa sahaja orang sini, diorang guna nama pertama diorang. Nama kedua (middle name) memang jarang benar disebut. So, kiranya aku patut perkenalkan diri aku sebagai Ahmad jugalah pada orang-orang di sini, tapi aku selalu introduce myself as Lut instead.

Yang hairannya, nanti kalau orang Malaysia tahu, diorang mempersoalkan kenapa introduce Ahmad. Macam janggal sangat nama tu. Actually, mak aku pun ada tanya macam tu jugak. Uwaa.. dah letak pangkal awal Ahmad, tak kisahlah kalau aku nak guna Ahmad ke atau tak. Bukannya aku galak-galak buat nama omputih sa-perti Nicky ataupun Leon (tetiba).

2 – Call

Dua malam lepas aku tido lewat gila. Baru add kawan Austria aku (yang aku kenal kat konferens dan backpacking tahun lepas sempat singgah rumah dia kat Vienna tuh) dalam Facebook. Dia sekarang dah buat post-doc kat Harvard. Kagum betul aku. So, sempatlah bersembang-sembang kot Skype dan bergosip-gosipan. Sempat juga tegur Chris (kawan Brunel dulu, yang aku pernah ke rumah dia kat Hannover sebelum ke konferens di Braunschweig dua tahun lepas) dalam Skype. These 2 people are quite close to me to be honest.

Weekend lepas, Fizah (Bruneian yang dulu belajar kat Durham, dia ada juga dalam video trip ke Scotland) sempat singgah kat rumah aku. Fizah tanya, nak buat apa. Aku balas, ‘we could just sit down and talk’. Dan tetiba aku teringat Chris, sebab probably aku belajar istilah tu daripada Chris waktu kat Brunel dulu. Well, orang kita pun ada juga istilah, ‘duduk sembang-sembang’, tapi rasanya biasa saja yang kalau kita nak lepak dengan kawan-kawan, kita cakap ‘go and do something’ atau ‘lepak minum kopi’ atau ‘lepak tengok movie’. Dan jarang sekali aku guna ‘jom duduk-duduk sembang-sembang’ or ‘sit down and talk’. But that’s just me. Probably not you.

3 -DUCK

Aku saja mempelawa diri untuk join technical team DUCK (Durham University Charity Kommitee) yang mana aku buat video untuk diorang. Okay jugaklah. Minggu lepas ja dah habiskan dua tiga slot untuk rakam video. The thing about video editing ni ialah ia memakan masa untuk rekod dan juga edit. Itu sebab kadang-kadang aku kagum bila tengok orang-orang amateur yang buat video yang kemain lagi bestnya. Kalau orang profesional as in memang kerja diorang buat benda tu, tak kisahlah. Ko memang dapat duit daripada situ kan.

Hari Ahad aku kat DUCK office. Diorang ada event Jailbreak yang mana kumpulan-kumpulan yang bertanding akan cuba melarikan diri sejauh yang boleh dari Durham tanpa menggunakan sesen pun. Diorang kena hitchhike. Tahun ni yang menang ialah dua orang pelajar yang sampai ke KL! Aku rasa diorang naik AirAsia. The thing is, atas nama charity, kadang-kadang airline ada bagi tiket free untuk program macam ni, so maybe diorang dah dapat arrangement awal dengan AirAsia kot. One of the guy, budak Frisbee jugak. Aku jumpa dia waktu social pertama, tapi pastu dia tak datang dah pun training.

4 – Picture

Mahu menyeru kepada anda-anda sekalian untuk pilih gambar sebelum upload. Katakan dalam satu event, kita tangkap sampai 100 gambar. Cer pilih dalam 10 gambar ja untuk diupload. Ceritanya begini, kalau upload sampai 100 gambar, dengan dua tiga keping gambar yang posenya sama ja, mana larat nak tengok. Cer tengok professional photographer. Diorang ambik memang puluh ratus gambar. Last-last ambik satu ja yang paling best. Baru orang boleh appreciate.


4 Responses to “Me-say-day-o”

  1. kak dijah pengomen ke 100 says:

    tersedak2 baca saranan “Cer tengok professional photographer. Diorang ambik memang puluh ratus gambar. Last-last ambik satu ja yang paling best. Baru orang boleh appreciate.”

    akak memang pemalas..highlight semua,upload semua..tapi betul la kan kalau tgk photographer, amik punyalah banyak tapi upload semua. kita ni siap yang blur, yang 10 keping pose sama semua nak upload. hiks

  2. Arabella says:

    Picture – my bro pun ade beritahu benda yg sama..tapi kawan la bising sbb upload pic dorang sikit sangat..hiks

  3. WaReMoN says:

    Aku like post terakhir tu :D

  4. nzard says:

    I agree with #4. Kesian la kt org yg ada slow internet network yg take forever to load. Tuh tak kira lg kalo guna setting ‘high resolution’. Anyway my solution, aku guna Picasa yg ada ‘Picture Collage’ so aku bleh gabungkan a couple of photos in 1 collage and upload that instead. So jimat masa & tenaga (plus, I’m too lazy to wait uploads of lots and lots of photos too)

Leave a Reply

See also: