define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Lumiere - Pagi Hari di Durham

Lumiere

Entri ini didedikasikan kepada Kak Dijah Armidale kerana berjaya meninggalkan komen ke seratus dalam sesi merapu-rapu di Facebook. Peserta berjaya mengalahkan penyaingnya iaitu Firdaus dan Halim. Syabas diucapkan.

Oleh kerana ini entri dedikasi, maka penulis mula-mukla bercadang untuk menulis entri yang menjadi kesukaan pemenang iaitu entri berbaur royanan. Namun begitu dek kerana satu event dua tahun sekali, iaitu Lumiere, di mana bandar Durham ini dihias dengan lampu-lampu begemerlapan menyebabkan kawan-kawan rapat penulis datang bertandang, dimulai dengan Abang Amir dan family yang sempat lepak dan bawa makanan(Jumaat), dan Shuki dan Mardhiyah yang datang memasak kat rumah (terbalik sangat konsep, tetamu datang bawa/buat juadah); jadi penulis tidak ada hal untuk diroyankan. Perut penuh, hati pun senang.

Maka dengan itu Kak Dijah, sila nikmati gambar-gambar yang diambil yang sesetengah gambar di bawah nampak lagi bombastik dalam gambar berbanding pemandangan sebenarnya. Thanks to kamera yang mahal yang membuatkan penulis mengikat perut… er.. nope, mengakibatkan penulis tidak membeli baju baru untuk beberapa lama.

IMG_4946b

Ini nampak gah dalam kamera. Kat luar agak gelap sebenarnya. Yang atas bukit tu Durham Castle. Diorang dah convert castle tu jadi kolej kediaman, so adalah bebudak Durham yang duduk dalam tu.

IMG_4929

IMG_4916

Shuki dan Mardhiyah yang datang dari Newcastle untuk tengok Lumiere. Belakang tu ~ jambatan pelangi. Macam dalam Mario.

IMG_4867
Belakang tu jambatan pelangi daripada different place

IMG_4825

Hutan yang disuluh cahaya

IMG_4828

Abang Amir. Ni waktu hari Khamis. Kitorang gi survey area dulu. Masuk hari Jumaat dan Sabtu ~ giler ramai orang. Malam ni, malam last, tapi aku malas nak keluar. Taknak stuck dalam crowd.

IMG_4846

Ni dia buat macam air terjun. Salah satu attraction yang aku suka sebab nampak sangat nice dengan air dan lelampu segala. Air tu keluar dari atas jambatan sebenarnya.

IMG_4865

IMG_4874

Yang ni pun agak best. Diorang buat satu snow globe besar kat tengah-tengah Market Place. Kira gempak jugak la. Ni time kitorang keluar, dah pukul 9 lebih. Waktu pukul 6 petang, penuh tempat ni sampai nak gerak.

IMG_4879

IMG_4903

Posing dengan air terjun. Yang bestnya sebab kamera aku ni takleh guna flash sebab lense yang aku guna tu sedikit broken. So, apa yang kitorang buat ialah waktu Shuki tangkap gambar, aku suruh Mardhiyah pegang lampu suluh dari phone nak bagi muka nampak cerah.

IMG_4881

IMG_4890


6 Responses to “Lumiere”

  1. kak dijah pengomen ke 100 says:

    wah, terharu!!!
    Thanks Am :)
    Hebats gambar-gambar u ols! Kamera canggis. hihi

  2. INI BUKAN DEDICATION!!! INI EXAGGERATION!!!

  3. Arabella says:

    nice!!! share le setting camera.
    saya lak fail snap gambar malam2..tak sharp..even dah increase shutter speed and & ISO..hmm guess i should have a lot of practices.

  4. Amri says:

    No probs Kak Dijah:P

    Halim, jeles lettew…

    Arabella, tak reti jugak sebenarnya, tapi guna lens sigma 24mm f2.8; dia memang capture cahaya lah, if i describe it right

  5. Arabella says:

    owh patutlah..saya guna kitlens je..

  6. Naz says:

    So blooooody cooooool!

Leave a Reply

See also: