Lima

1

Sindrom – terasa hendak tulis blog, tapi nanti mesti delete apa yang ditulis – datang lagi. Sudah nekad untuk post sahaja apa yang ditulis kali ini, walaupun rasa tak best!

2

Najla, adik Unik tanya, bila nak balik. Diorang dok rajin tanya bila nak balik sejak kebelakangan ni. Aku cakap tahun depan. Najla tanya bila. Aku cakap tak tau lagi. Dia cakap, ‘kalau tak tau tak pa la’. Nasib baik responnya begitu. Harus menjadi anak menakan kesayangan kerana memahami dan juga bijak memberi respon kepada pak menakan yang kelam kelibut di saat ini.

Unik pun tanya juga bila nak balik. Juga bagi jawapan yang sama. Dia kata dia beli kad R4 untuk Nintendo DS. Tapi nak rom game tu. Dia kata, itu sebab dia nak suruh aku balik sebab senang nak copy game. Ini adalah contoh permintaan tak rasional. Walaupun anak menakan sendiri, balasan request tersebut ialah mesej tersebut akan diignore.

3

Tiba-tiba terasa sensitif sejak dua tiga hari ini. Oleh kerana aku lelaki, maka takleh nak salahkan PMS. Tapi maybe boleh salahkan Seasonal Affective Disorder (Tertahu fasal sindrom ni lepas baca wall feed Ali, budak medic Newcastle). As we are kind of people who loves to blame everything else but ourselves, so I’m blaming on this dull weather for making me feel this way.

4

Kecewa sebab Intensity tersingkir dari X Factor US.

5

Ciao. Nak pergi gym. Maybe kalau penat badan, otak tenang sikit kot.


Leave a Reply

See also: