define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Jangkaan - Pagi Hari di Durham

Jangkaan

Ini bukanlah entri royanan. Oleh kerana tonasi suara tidak dapat didengar dalam penulisan, maka sila baca dengan nada yang penuh lemah gemalai.

Ada rezeki, saya akan pulang dalam suku tahun depan. Ada rezeki, saya akan pulang dengan segulung ijazah pasca ijazah. Ada rezeki…

Salah satu soalan yang saya seringkali dapat ialah berkenaan barang-barang yang hendak dibawa balik ke Malaysia. Jujurnya saya agak pantang bila kawan-kawan yang rapat baru hendak memesan cenderamata. Yang dah duduk sini tiga empat tahun, balik pun dah berapa kali, dulu tidak pula hendak mahu mintak. Sekarang baru hendak tergedik-gedik. Satu benda saja yang memang saya perlu beli. Iaitu untuk junior debat saya Kimi (yang tak baca blog ni) – iaitu perfume. Sebab dia memang sudah minta sejak saya di Brunel lagi. Sampai saat ini masih belum saya belikan.

Soalan kedua ialah sama ada saya membawa pulang kereta. Kata beberapa orang, rugi tidak bawa pulang kereta, kerana kereta murah di sini.

Soalan ketiga ialah jika saya sudah beli buah tangan untuk keluarga. Pinggan mangkuk yang murah untuk emak, kata mereka. Saya sebut ‘mereka’ sebab bukan satu orang sahaja yang kata. Dan ini bukanlah complaint mahupun ketidak puashatian. Tapi buat saya terfikir, bagaimana … di mana sahaja orang kita berada, sama ada di Malaysia, mahupun di luar negara, kita ialah bangsa yang  diajar berfikir dengan begitu generic.

Antaranya: Balik Malaysia perlu beli buah tangan. Kalau student Malaysia di luar negara, gunalah AP yang ada dan bawa pulang kereta. Jangan lupa pinggan mangkuk dan periuk belanga yang murah. Kalau student belajar di luar negara, belilah barang elektronik di sini yang murah berbanding Malaysia. Cepat habiskan belajar supaya boleh balik Malaysia dan kahwin.

Terfikir juga, kenapa tidak ada orang yang kirim-kirim duit kalau mahu minta buah tangan. Kalau satu dua yang minta, atau buah hati di Malaysia yang bertanya, tak apalah. Kalau sepuluh dua puluh orang yang minta ~ kemut juga rasanya.

Saya selalu dapat ayat begini: belilah periuk belanga untuk emak. Mesti emak happy. Ini juga satu bentuk generalisasi terhadap kaum ibu. Bagi saya, saya tidak perlu beli periuk belanga ini. Pertama, sebab waktu emak datang ke UK, sudah pun dia tengok periuk belanga di kedai. Sudah dia ambil yang dia berkenan. Yang kedua, kalau saya mahu buat emak saya happy, saya tidak perlu beli dia periuk belanga. Biar saya pulang cepat, dan walau saya bekerja di Pulau Pinang, 3-4 hari saya habiskan masa di rumah di kampung, ajak emak dan abah pergi lepak-lepak di kedai makan di Tanjung Dawai dan petang-petang bercerita tentang hari saya padanya. Bagi saya itu cara saya mahu buat emak happy. Bukan dengan beli periuk belanga.

Tidaklah saya nafikan emak saya akan happy juga kalau saya beli periuk belanga walau dia akan kata, ‘buat apa perabih duit beli periuk. Mak dah ada periuk’, tapi dia masih suka periuk belanga yang dibeli. Cuma bosan dengan soalan tersebut. Tidak ada siapa mahu tanya, ‘bila last sekali call mak?’. Dan ada juga yang bertanya ‘mak sihatkah?’ dan itu adalah soalan yang saya hargai.

Tentang kereta ~ mudah sahaja bagi saya. Saya tidak ada duit. Duit ada untuk duduk sini dan bershopping baju-baju di kala terasa mahu beli baju baru. Tapi hendak menyara kereta, tidaklah mampu. Bapak saya bukan orang kaya, dan saya tidak sempat bekerja untuk simpan duit banyak-banyak dalam bank.

Suruh balik kahwin juga adalah soalan generic! Kenapa tidak ada siapa yang keluarkan idea-idea kreatif: suruh cari orang-orang putih ataupun Jerman. Besar pahalanya kalau dapat Islamkan mereka. Saya bukanlah gedik hendak kahwin dengan gadis-gadis mat saleh, cuma bila bercakap fasal kahwin, semuanya seia sekata – jangan kahwin dengan orang asing, nanti diorang tak praktis Islam dengan baik. Atau nanti susah dengan perbezaan budaya mahupun bahasa. Atau nanti dia bawak anak lari balik ke negara asal. Motip?

Agaknya kita begitu? Idea bahagia itu tertulis di atas norma. Dan sejak kecil sehingga sampai dah mati, kita ikut tanggapan ramai untuk buat sesuatu.

Contohnya: Berjaya itu bila dapat A dalam semua mata pelajaran.
Bahagia itu bila dapat kerjaya yang gajinya lumayan.
Istimewa itu bila kenduri itu dibuat besar-besaran.
Sampai bila isteri mati pun, si suami kita suruh carikan orang kerana takut kesepian.

Saya pernah kata pada abah. Tanya abah, bulan berapa yang orang Melayu tidak bagi kahwin kerana takut ada sial, saya mahu kahwin pada bulan tersebut.

Dan agaknya dapat tidak cari bakal bini yang tidak akan minta belanja besar untuk kenduri. Buat simple-simple sudah, duit simpanan itu boleh diguna buat backpacking Europe bersama isteri. Kan lebih romantik? Okaylah, kalau tidak backpacking, beli saja percutian ke Switzerland, ataupun berjalan di bandar-bandar Austria. Ataupun ke Mesir sambil menunggang unta. Atau buat sahaja ketiga-tiganya, boleh naik flight Emirates yang stop dekat Dubai. Sudah belanja RM20 ribu untuk kahwin, mana ada duit hendak buat itu semua! Cuba kita buat kenduri kecil-kecilan, sudah pun boleh bercuti sakan, atau duit itu boleh disimpan.

Dan pada saat ini, jika anda membidas-bidas di dalam kepala otak, betapa kemutnya manusia bernama Amri ini sampai tidak mahu belanja lebih untuk kahwin sendiri; tanyalah: kenapa fikiran kita diajar sebegini rupa, tunduk kepada tuntutan budaya sedang sendiri papa kedana?

P.S: In the end of the post, bunyinya macam entri royanan jugak kan…


13 Responses to “Jangkaan”

  1. jue says:

    buat majlis kecil ganjarannya makan angin kat luar negara?? berbaloi gak tue..hihi…

  2. saya juga suka part buat kenduri kecil2an sahaja kemudian yg besar2 pg bercuti berdua2an berbackpacking sebelum keluarga bertambah dari dua org ke tiga org..

  3. WaReMoN says:

    asalnya mmg agama x suruh belanja terlalu besar utk kahwin, boros. kahwin patut mudah, tp dah jadi susah sbb tu.

  4. Kak ZBZ says:

    Akak pun dulu agak kemut pasal urusan kahwin. hihi… Mintak hubby reserve duit utk pegi honeymoon. Biarla muka tak comel sebab tak bayar mak andam or cameramen, yg penting I nak gi honeymoon lepas kahwin….

  5. kak dijah yang menghilang says:

    hahaha.sangat suka entry ni.Memang suka entry berkonsep royanan walau dibaca dengan lemah gemalai!!

    :)

  6. Naz says:

    Walaupun McAfee telah mengklasifikasikan blog hang sebagai dangerous site, aku tetap masuk jugak occay, sanggup ambil risiko demi kawan baik gituu! Anyway, aku sangat bersetuju dengan royanan hang ni. Tapi part x mampu beli kereta sebab berbelanja beli baju2 bagai tu macam tak caya je aku.. takde duit sebab habis bershopping atau dok perabis kat gf omputih? hikhik!

  7. Amri says:

    Wah, isi yang provokatif betul-betul mengundang komen. Hehe. Thanks all. Appreciate your feedback (jawapan artis sebab tak larat nak layan satu-satu).

    Naz… motip menimbulkan prasangka???

  8. nurulhuda says:

    entry yg sgt bermotif…. saya suka pndangan ini…
    bercuti bersma org2 tersyg lg best kot…

  9. jurutaip says:

    terkejut,,rmai komen,,haha…

  10. Jannah says:

    saya bersetuju dengan idea kenduri kecil-kecilan dan honeymoon besar-besaran. teringat entri http://rantersunited.blogspot.com/2010/11/kawin.html.

  11. Dini says:

    I love this entry. Everything you said,Dini sangat setuju. The best blog post of yours so far.

  12. mahir says:

    Rangkap kawen simple tu setujuuuuu. Pi honeymoon pun lagi bermakna.

  13. ara says:

    semua suke cuti2 makan angin luar negara.kalau dpt gi buat umrah sebagai pakej honeymoon lps kawen pun best.rasenye molek la tu buat kenduri kecik2.yg penting ‘mawaddah wa rahmah’ =)

Leave a Reply

See also: