define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Share - Pagi Hari di Durham

Share

Just a short note.

Cubalah ambil berat sikit pada benda-benda yang dishare di wall Facebook. Tahulah yang butang share itu ada, dan senang untuk diklik, dan walau bagaimana intipati penulisan yang dikongsi itu benar-benar berguna, kadangkala imej yang dipapar itu mungkin boleh menggangu gugat ketenteraman sesetengah pihak.

Macam ~ cerita apa tah yang bayi meninggal, tunjuk gambar mayat terburai begitu sahaja.

Be sensitive please. Korang mungkin telah share benda-benda itu pada orang-orang yang lemah semangat, kanak-kanak, ibu mengandung.

Cerita-cerita lain, just have a bit of more critical thinking please.

Banyak juga artikel yang boleh diragui kebenarannya.

Dan artikel yang berbaur paranoia. Benda ini salah. Benda itu bahaya. Dan lain-lain. Kalau benar diri sendiri suka kongsi benda-benda ilmiah, kenapa jarang-jarang mahu kongsi hal-hal berkaitan kemajuan ummah. Tiada pun yang hendak share tentang adab dengan jiran, atau ketepatan masa ataupun budaya-budaya bersih dan alam sekitar. Kenapa suka jadi masyarakat yang banyak bercakap ‘jangan’ tapi tidak memberi cadangan?

Kadang-kadang aku perasan, orang-orang kita selalu share perkara-perkara yang biasanya mereka sendiri pun tidak guna, hanya sekadar untuk menambah rasa takut pada diri sendiri. Misalnya bahaya contact lenses (sedang diri sendiri pun tak pernah guna) ataupun bahaya microwave oven. Bab ketuhar gelombang mikro, aku tidak nafi kalau ada kesan sampingan; kerana memang adatlah segala benda baharu ini ada buruknya. Komputer mahupun telefon bimbit juga ada buruknya. Tapi bila sesetengah orang berdegar-degar bersuara betapa buruknya microwave, ada pula dikaitkan dengan agama, padahal malam-malam melantak nasi kandar, dan makan makanan yang bergoreng dengan minyak; itu bias namanya.

Beginilah.

Kalau kadang-kadang kamu post benda-benda merapu, saya buat tidak kisah kerana dasarnya memang pun sudah merapu. Walapun selalunya kalau post itu biasanya berbaur luahan hati yang meruntun jiwa, saya hide juga sebab malas hendak baca. Tapi bila yang dipost itu perkara-perkara yang seperti ilmiah, tapi fakta-fakta tulisan itu sangat-sangat boleh diragui, saya bisa rasa tidak puas hati.

Macam perihal budu yang ditulis di Wikipedia Bahasa Melayu ini.

Hendak pulun cari khasiat budu, disamakan dengan khasiat ikan bilis.

Takkan arak boleh disamakan dengan anggur. Ya tak?


8 Responses to “Share”

  1. jue says:

    ok! i’ll be more sensitive after this…

  2. Amri says:

    Ju,

    This is not directly saying to you, yeah. Sebab my friend pun ada komplen benda yang sama, so apparently ramai orang lain yang share benda yang sama.

    If I offend you indirectly, harap dimaafkan.

  3. WaReMoN says:

    yes, kalu nak share berita pun xyah la tunjuk gmbr horror tu. sedih gile aku tgk

    and also cerita yg kononnya ilmiah, tp kesahihan diragui.

  4. Arabella says:

    pikir dahulu sebelum share.

  5. ENTAH KEJADAHNYA SUKA SANGAT SHARE2??? PADUHAL MENDE2 TU BULUM TENTU SAHIH FAKTANYA. ASAL ADA YANG SHARE JE TERUS GALAK NAK ‘MOHON SHARE’, ‘MOHON SEBARKAN NTUK KEBAIKAN UMMAH’, ‘TATAU BETUL KE TAK TAPI SHARE JE LA’. KEJADAHNYA MASYARAKAT UMUM? KEJADAHNYA?

  6. dyla fadyla says:

    itu lah org2 zaman now.. smua blumba2 nak share, kononnya mrk tu pbwa kbaikan… tau2, bnda tu xjg d amalkan, x jg d ambil iktibar.. sadisnya, bnda tu xtau pun betul ke x sumbernya… inilah buku wajah
    yg sgt byk jenis wajahnya..

    buang yg keruh, ambik yg jernih..
    buang yg karut, pikir la sendiri! ^^

  7. tra says:

    eleh, padahal jeles wikipedia takda pasal benda utara. budu ada. hiks.

    btw, bab2 share ni memang aku menyampah. share la benda lawak ka, porn ka best jugak.

  8. sweetsakura says:

    btol2..x sanggup nk tgok gamba bayi tuh, ngeri..

Leave a Reply

See also: