define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Sakit tekak - Pagi Hari di Durham

Sakit tekak

Saya seorang lelaki. Dan mungkin juga saya dibesarkan dalam budaya yang mana seorang lelaki itu perlu sentiasa tabah dan berjiwa kental.

Tapi hari ini saya sakit tekak. Sakit tekak yang benar-benar azab dan demam yang separa panas (kalau itu terjemahan mild fever) yang datang dan berlalu pergi.

Dan suara saya seperti hilang, walaupun tiada aktiviti merenggah dan menjerit dua tiga hari sebelum sakit tekak ini.

Dan saya mahu emak!

Saya mahu emak tolong lapkan badan kerana rasa tidak selesa untuk mandi. Mahu emak buatkan makanan yang sedap dan boleh ditelan. Mahu baring-baring atas riba emak sambil biarkan televisyen terbuka.

Tapi saya lelaki. Saya mampu saja lawan rasa manja ini. Sudah pun terfikir di kepala otak saya untuk berjalan ke Tesco sementara kedai itu masih buka (Tesco Metro katup pukul 10 malam).

Dan saya lelaki. Ego saya dilipat gandakan semakin usia bertambah. Saya tidak mahu orang tidak rapat memberikan lompatan pom-pom memberi sokongan ‘Get well’ mahupun ‘Rehat banyak-banyak’. Ego otak saya kata saya tahu. Dan kalau ada yang berani sandarkan ‘itulah sebabnya orang suruh kahwin, supaya ada orang jaga bila time sakit’, lagi saya akan meradang.

Meradang tidak baik untuk kesihatan!

Jadi, saya buat keputusan untuk rehatkan badan dan minda. Menjerit sekejap di dunia blogosfera sekadar untuk mengurangkan tekanan di minda.

Fikir perkara-perkara yang positif dan baik supaya imuniti badan juga dapat dikuatkan.

Hargai rakan-rakan yang ambil berat dan bukan rakan-rakan yang turut ambil berat dan mendoakan dari jauh.

Supaya post ini punya sedikit informasi, saya tambah kenyataan ini. Lelaki-lelaki (dan wanita) ‘perfect melancholy’ (Rujuk Florence Littauer – Personality Plus) ini memang begini. Bila ditimpa kesusahan, ego mereka tinggi untuk menerima kata-kata semangat kerana mereka lihat hal ini sebagai satu bentuk kelemahan. Beri sahaja mereka masa, dan time heals.

That’s it. Bila lelaki meroyan. Buruk nampaknya.


7 Responses to “Sakit tekak”

  1. sekarang meman musim kot. ku pun baru kena viral fever last week. sempat le bermanja dengan mama dan papa selama 4 hari MC. hari ni dah kena flu plop. tatau lah should i go MC, balik kampong and bermanja2 dengan mama lagi ke tak. masuk ni dah 3 minggu dah tak sedap badan. hikhik

    on another note, maybe we should get ourselves a wife kot?

    *koma*

  2. dyla fadyla says:

    sakit penghapus dosa.. dah lama xsakit, xpela skali skala.. =)

    fight je sakit tu, sbb rasa2nya, lelaki ni jarang nak manja2 ngan sakit..hehehe…

    anyway, take gud care.. jangan layan perasaan sakit itu… dah bosan x kena layan, sakit tu pun pergi la..heheh..

    (n__n)V ~peace

  3. Kak ZbZ says:

    Akak pun sakit tekak, telinga, badan & kepala (tonsil infection). Nasib baik ada suami tolong picit2kan kepala, hihi (mode kasi nak jeles). Jgn marah, usik je. But kena gak masak, layan anak, buat eksperimen lab & study. huk..huk…

    Nak makan bubur nasi tak? Hihi.. but bukan akak buat la. Nnt akak leh suruh org Kedah buatkan. Kut-kut ada cam rasa mak yang masak.

  4. Amri says:

    Kak Zarina,

    musim sekarang ni. Tu yang tak best tuh. Saya ni pantang kalau musim demam, selalu kena sekali.

    Boleh request nasi ayam kah? Keke.

    Dyla,

    lelaki…. time-time sakit la nak manja2. Tapi dengan orang tersayang jer lah. Dengan kawan-kawan sentiasa tunjuk macho. Tak caya tanya Pingu Toha

  5. connie says:

    Syafakallah!

  6. WaReMoN says:

    pergh, meroyan tu. nice

  7. nurulhuda says:

    yeah its true…
    me sedang demam jgak..sudah 2 hari..
    demam pula bila parent dah balik..
    tak sempat nak bermanja-manja..n mulalah teringat nk makan macam2…tinggal sorang diri plak ni..

    takpe..hujung minggu ni akan pulang beraya dgn family.. dan jgnlah demam lagi time tu..
    tak seronok nk mkn…(sebab mak dah bgtau nk masak apa time raya nnt..^_^…)

Leave a Reply

See also: