Mukabuku

Berapa lama dahulu aku nampak anak sepupu aku menggunakan istilah ini – mukabuku – dalam wall post Facebook nya. Kemudian ada lagi beberapa orang yang menggunakan istilah yang sama untuk kata ganti bagi Facebook.

Aku malas hendak komen dahulu. Kerana kata-kata ini memang disebut supaya bunyinya menarik perhatian, berbanding membawa maksud yang betul. Pada pendapat aku, kalau hendak terjemahkan Facebook, sepatutnya ditukarkan kepada Buku Wajah. Bukannya mukabuku. Muka buku ini maksudnya seperti kulit pada sebuah buku. Kalau ada mana-mana insan yang punya pendapat yang lebih bernas, tidak salah juga kalau hendak bersuara. Ini bukan seperti entri lepas yang tidak boleh diveto.

Bahasa jiwa bangsa.

Dalam sepanjang hidup aku yang tidaklah berapa panjang, banyak kali juga aku mendengar ayat seumpama berikut dilafaz bila membandingkan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam konteks mempelajari sesuatu perkara:-

‘Susah juga yang kalau hendak diMelayukan’.

Bila orang lihat pada teknologi, dan beberapa istilah Bahasa Melayu yang berkaitan, ada sesetengah kita yang rasa fobia dan berpendapat bahawa begitu janggal sekali jika dibincang dalam bahasa kita.

Misalnya jika bercakap tentang peralatan komputer seperti cakera keras (hard disk), cakera padat (compact disk) atau tetikus (mouse).

Atau bila bercakap tentang istilah matematik, perniagaan ataupun undang-undang. Biasa sahaja jika ada yang ketawa akan istilah bahasa kita kerana terasa begitu janggal.

Bukanlah menjadi kesalahan pun untuk menggunakan istilah ataupun Bahasa Inggeris untuk mempelajari sesuatu. Tapi kalau kita sendiri tidak bangga terhadap bahasa sendiri, dan hilang keyakinan terhadap bahasa sendiri untuk berkomunikasi, siapa lagi yang mahu menggunakan bahasa sendiri?

Bagi aku, bahasa ini memang janggal secara semula jadi. Cuma sebut satu perkataan berulang kali. Misalnya ‘lapar’. Kenapa sebut la-par. Kenapa tidak krrrr seperti bunyi perut ketika lapar. Kenapa ketika kecil bayi diajar sebut ‘u-uh’ tapi bila besar kita panggil buang air besar?

Kenapa tidak ‘krrr…. nyam nyam… u-uh’ yang mana orang asing juga mungkin boleh faham?

Dan bila disebut tetikus, atau kayu ria, kita rasa janggal sekali. Sedang mouse atau joystick itu biasa sahaja. Walau bentuk tetikus itu sendiri lebih menyerupai bentuk buah pear daripada tikus sendiri. Kenapa tidak hamster?

Pada pendapat aku, bahasa ini janggal. Tapi bila sesuatu perkataan itu disebut berulang kali dan dipraktik dalam kehidupan seharian, elemen kejanggalan itu hilang. Tidak lagi rasa pelik.

Jadi, kalau orang kita mula hilang keyakinan untuk berkomunikasi dalam bahasa sendiri, adakah bahasa itu sendiri yang tidak bisa beradaptasi dengan modenisasi, atau masyarakat itu yang tidak dapat atau tidak mahu beradaptasi dengan modenisasi bahasa?

Dan, kalau mahu buat istilah baru, kena jugalah tahu bahasa itu sendiri. Kalau tidak, jadilah macam Facebook yang jadi Mukabuku. Habis, notebook itu, notabuku kah?

- Sekadar pendapat dari insan kerdil
(bukan: itu dua sen saya == that’s my two cents)


4 Responses to “Mukabuku”

  1. lady windsor says:

    Hmm…funny kan bahasa terjemahan ni..pernah dengar tak perkataan ‘aci sesondol’..terjemahan daripada satu perkataan Inggeris pada compartment dalam enjin kereta (kalau tak silap).

  2. kak dijah yang menghilang says:

    Selama ni selalu sangat dengar mukabuku sebab pendefinisian terus face-book.Tapi bila hang bandingkan dengan notebook, baru akak nampak kejanggalannya.ahaks.

  3. mungkin dia terpengaruh dengan lagu Mukabuku-Najwa Latif.hehe.

  4. WaReMoN says:

    tu la, aku pun sdg dlm progress berckp full BM sbyk mungkin (tersebut progress plak, erk..)

Leave a Reply

See also: