Lady Grey

Hari sudah makin pendek. Baru tahu dari Hafidz yang hari Rabu, memang takde kuliah waktu petang. Well… rasanya dah tahu, tapi lupa. Takde kuliah waktu petang sebab nak bagi laluan pada pelajar bersukan. Kenapa tidak bersukan pada lewat petang? Sebab hari semakin pendek. Pukul 6.30 (atau awal sikit) dah masuk Maghrib. Kalau ralit sikit Zohor, tetiba dah masuk Asar.

Itulah sebabnya diorang buat training untuk sukan pada pukul 1. Sebab kalau winter time pun, pukul 1 masih lagi cerah. Well… cerah as in ada cahaya. Bukan cerah seperti matahari bersinar.

Aku tadi bercadang untuk pergi training frisbee. Tapi tak pergi sebab diorang cancel sebab padang basah dek kerana hujan. Dah final few months, baru galak nak join sukan. Maybe rentetan dari gym kot. Dulu sangat beleh. And seriously beleh. Sekarang dah ada stamina sikit, barulah berani nak cuba-cuba sukan.

Analoginya macam ini lah. Kalau korang rasa korang tak terer Matematik, duduk belajar 10 minit pun dah rasa tertekan kan? Kalau boleh sikit-sikit, ada ‘stamina’, maka nak harung 1-2 jam kelas Maths tu, taklah rasa teruk. A bit like that. I guess.

Sekarang aku terjatuh cinta pada Lady Grey, teh Twinning yang agak best. Biasanya, kalau beli teh, ada sample teh perasa lain dalam paket;atau kadang-kadang diorang hantar sample teh melalui pos sebagai promosi. Baru semalam, paket teh promosi yang aku tak buka-buka, aku buka dan rasa. Lady Grey. Nice…


Leave a Reply

See also: