define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Comel - Pagi Hari di Durham

Comel

Ini amik dari Buku Wajah (masih nak mempertahankan pendapat sendiri). Anak-anak menakan aku bersembang antara satu sama lain. Tu gambar Afnan (adik Unik) waktu dia baby dulu. Sekarang ni dia dah Darjah …. er… 2 kot? Najla, adik Unik jugak. Aniq tu anak abang aku, yang appear dalam When I’m Gone Malay Version tuh (juga Situasi English Version). Juniza? Oh, tu bekas anak murid kak aku yang juga bersemangat menonton Gokaiger! Hehe.

Tiba-tiba perbualan diorang ni mengingatkan kepada diri sendiri. Adeh. Adakah aku yang memberikan influence tidak sihat lagi perasan kepada anak menakan aku? Well, ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan?

P.S: On a different note, aku biasanya prefer kuah diletak di tepi nasi. Ini kuah yang macam kuah kari ke, kuah pedas ke. Kalau pergi Malaysian Hall punya kafe kat bawah tu, aku akan request diorang letakkan kuah dekat tepi. Kalau tak, dia akan campur kat atas. Tak best. On a different note, kalau makan tomyam mahupun sup, aku suka kuah tu terus dalam mangkuk. Sebabnya senang nak srup srup dan kalau kuah campur nasi, kuah sejuk, dan tak best dah nak hirup.

P.S2: Bercakap fasal mangkuk; waktu nak ke Jepun dulu-dulu (which is like last 9 years), aku diberitahu yang hati-hati bila bercakap tentang mangkuk dan cincin. Kerana perkataan tu macam ada maksud buruk dalam Bahasa Jepun. Which is probably why orang curse orang lain panggil mangkuk hayun, dek kerana influence Jepun? Mungkin?

Entah mana kawan aku tweet fasal istilah ‘mamat’ yang katanya membawa maksud mati dalam Bahasa Arab? Well, kalau nak dicari satu-satu perkataan bahasa kita, memanglah dalam bahasa lain mungkin akan jumpa maksud yang buruk. Macam cincin dan mangkuk. Kalau korang pergi Brunei yang bercakap bahasa hampir sama dengan kita pun, disaran untuk tidak digunakan perkataan bayi. Bayi, yes, as in baby. Sila guna anak damit. Sebab bayi tu ada konotasi buruk dalam masyarakat diorang. So… up to you. Kalau rasa hendak paranoid dengan maksud setiap perkataan, it’s okay then, I guess.

P.S3: Dulu aku geram juga sebab orang suka panggil aku Luf-ti instead of Lut-fi (Mujur Abby Fana panggil Lutfi dalam MHI. Keke). Tapi sejak aku kenal Chris(kawan Jerman) dan bahasa Jerman, aku sudah kurang sikit peduli. Sebab Luft ialah angin dalam Bahasa Jerman. As in Lufthansa (diorang punya airlines company). Hm… dok panggil Luf-ti, Luf-ti, itu sebab aku berangin tuh.

Sekian.


3 Responses to “Comel”

  1. Ladywindsor says:

    Haha kesiannya kalau org silap panggil nama kan, penat mak bapa bapa bagi nama elok2…oh btw saya pernah kena scold dengan kawan jepun sebab sebut mangkuk dan cincin depan depa…kita mana la tau kan…hik!

  2. mahir says:

    mamat tu adalah mati. huraiannya boleh jadi, matilah jiwa, matilah keimanan – something like that

  3. WaReMoN says:

    aku rasa diorg dgr mangkuk –> manko –> kemaluan wanita

Leave a Reply

See also: