Bro

I was talking to Amalina the other day. Kalau nak hang out dengan kawan-kawan, hang out lah dari sekarang. Takkanlah bila time dah nak balik, baru nak hangout. Lepas tu ala-ala sedih bagai. I mean, kalau dah memang hang out dari awal, lepas tu sedih bagai, itu okaylah. My point is simple, if you wanna appreciate someone, do it already. Not when they are gone. Well, it’s still just an opinion. People are different.

Saying that, today, I would like to dedicate this entry to my bro.

I got 2 brothers and one sister. My first brother meninggal waktu aku dalam kandungan. So, aku tak pernahlah jumpa dia langsung. Dia dah besar dah waktu tu. Dalam 13 tahun kot.

My 2nd bro is couple of years older than I am. Seingat aku, time aku Darjah 1, dia dah pun masuk sekolah asrama. So I do not hang out with him much except during school break.

I remember Zeah, Arni etc asked me about my idea of inventing one board game that we love to play. And throughout my life, I did a bit of this game and that game which people love to appreciate. There’s one time aku reinvent Millionaire/Monopoly, dan kitorang main beramai-ramai kat sekolah. Waktu tu time lepas habis PMR. Aku ganti yang lapangan terbang punya tempat tu ~ jadi kebun. Such that, kalau sampai kebun, kita boleh invest duit kat situ. Dan orang yang masuk kena bayar 10% or 20% of the investment. Keke. It was a fun game. Sampaikan ada cikgu bawa Monopoly, tapi diorang tak main. Kesian pula aku rasa kat cikgu tu. I still remember her name, but I don’t wanna say it here.

The story probably began when I was growing up.

Aku ada bunch of friends seusia, dan waktu tu time ~ Olympic or something. Abang aku balik dari sekolah asrama so dia gather aku dan kawan-kawan, dan dia buat game untuk kitorang. Yang bestnya, sebab dia keep in track score, so kitorang tahu lah sapa leading. Tapi game dia simple-simple ja. Macam lari, pastu gusti lengan, pastu game endurance macam kena pumping sebelah tangan, lepas tu tahan sapa dapat lama bertahan.

And he is actually the one who taught me of reinventing stuff. Kitorang ada game Millionaire dulu, dan dia mula buat board sendiri. Yelah, zaman dedulu waktu duduk kat Felda, manalah mampu nak beli Monopoly. So dia buat versi tempatan yang tapak paling murah ~ Tanjung Rambutan. Kad chance dan fate pun dia ganti sebagai kad ‘?’ dan ‘!’. Tapi dalam versi-versi yang lebih best. Misalnya, ada satu kad tu yang cakap untuk setiap note 10 yang pemain ada, sila dapatkan 100.

And to bring things to the next level. Dulu aku ada lego. Aku, abang aku dan arwah sepupu aku Azhan, selalu gak main. Kitorang akan susun semua kube lego yang ada dan bahagi sama rata. Lepas tu, syaratnya, setiap orang mesti buat kereta dengan semua bahagian. Last sekali, kitorang susun kusyen rumah jadi bukit dan lungsurkan kereta yang kitorang buat. Sapa punya kereta yang paling kurang pecah, dikira pemenang. So, it’s not just lego; it’s a crash-and-not-burn lego!

And one time, aku terbaca buku karangan sekolah dia. Either buku karangan, ataupun dia saja-saja menulis. Ada karangan beberapa muka surat berkenaan pengembaraan yang masuk ke alam lain. Siap ada macam masuk gua, dan kena tekan punat (butang) untuk keluar dari gua tu. I was entertained, tapi lepas aku tunjuk kat dia yang aku baca, dia marah juga sebab dia segan aku baca.

But hey, that’s my bro.While friends sometimes appreciate me for being creative, I always think that he should get some credits for exposing me to think out of the box.

With that say, abang, happy birthday.


Leave a Reply

See also: