BKT

Belum Ku Temu ialah pet-project saya yang saya tulis pada masa lapang. Jujurnya saya akan tulis apabila terasa. Bukannya tika rajin. Tapi bila saat-saat emosi saya girang gembira, atau kacaunya jiwa atau sedihnya rasa, ataupun rindu membunga; saya akan mula bercerita.

Cerita itu tidaklah sama dengan apa yang saya rasa. Kadang-kadang rasa gembira itu kerana saya melihat cantiknya alam. Jadi inspirasi itu saya gunakan untuk menulis. Macam tika bulan Ogos 2010. Saya berbackpacking, jadi banyak masa saya tulis ketika dalam kereta api merentas negara. Indah sahaja bunyinya kan?

Sama ada cerita dan kisah itu ada kaitan dengan peribadi, saya biarkan open to interpretation. Susah juga hendak katakan jika ada kaitan dengan kisah hidup saya kerana cerita lama peribadi saya, saya tidak mahu tulis menjadi buku. Nanti susah pula kalau cinta-cinta lama membaca. Tapi dalam 27 tahun saya hidup, rasanya pelbagai cerita yang saya dengar, kalau tidak alami sendiri. Jadi, adalah cerita BKT ini gabungan dan olahan cerita itu dan ini.

Halim (Pingu Toha) sudah sarankan untuk saya bukukan cerita ini. Diharap harapan ini bakal menjadi nyata. Mungkin akan ambil banyak masa kerana saya perlu tumpukan masa untuk menulis tesis, bukannya BKT. Tapi, kalau buku itu menjadi nyata, InsyaAllah akan ada tambahan cerita, yang tidak ditulis dalam versi online.

Dan jujurnya saya tidak tahu bila cerita ini bakal berakhir. Kadang-kadang cadang hati mahu menulis satu bab untuk satu penceritaan. Tapi akhirnya lanjut sehingga 2-3 bab. Tapi, jujurnya saya beritahu yang cerita ini hampir sampai ke penamat.

Seorang sahabat berkata, ‘make sure it is a happy ending.’

Saya balas, ‘Yes, it will be a happy ending..’ sebelum saya sambung ‘but we have a different definition of happy ending‘. Jadi lihatlah bagaimana…


2 Responses to “BKT”

  1. jue says:

    nak beli2! nk siap yg ad sain……boleh cm tu….haha

  2. Amri says:

    Haha. Entah bila nak siap entah Jue

Leave a Reply

See also: