Bath

Refreshed.

Baru lepas mandi dalam bath tub. Standardlah rumah kat UK ada bath tub. Tapi last sekali aku mandi kat bath tub rumah ~ probably like couple of months ago. Kalau mandi bath tub selalu ~ bankrupt lah jawabnya. Gas mahal.

But it was nice. Ada lagi lilin-lilin yang beli untuk video Grenade tu, so pasang lilin. Bukan nak fancy. Tapi sebab bilik air aku ada ventilation machine yang serap haba dan wap air tu, dan sangat bising kalau buka. Kalau buka lampu, dia terpasang sekali, so, kalau tutup lampu, baru dia tak berbunyi.

Bangun awal lagi tadi. Mana ada hari Ahad bangun awal. Pergi street dance punya class, sejam, lepas tu jalan kaki ke padang uni untuk Frisbee. Itu pun tak pernah sampai sebelum ni.

Sampai-sampai, diorang dah nak start main. Chris (Malaysian) pun ada sekali.

Frisbee ni mainnya – pass-pass Frisbee tu. At the same time kena halang dari team lawan mempass. Banyak gila berlari. Sejam pertama, aku tak sentuh pun Frisbee tu. Asyik duk berlari ja. Masuk sejam kedua, waktu separuh dari diorang dah balik, tinggal lagi 8 orang kitorang, baru lah aku dapat main dengan proper sikit.

Yang jam kedua tu, banyak bebudak yang dah biasa main. But not bad. Aku dapat main dengan team yang agak cekap, so menang lah juga. Tiba-tiba bila bersembang dengan bebudak tu, feeling-feeling macam budak fresher pulak sebab aku tak tau apa dalam Frisbee nih.

But yeah. Kalau takde social skill untuk bersembang dengan bebudak local UK, bolehlah join sports. Sekurang-kurangnya waktu Sports tak yah bercakap. Lari ja.

Balik dari Frisbee, aku terus flap.

Ni dah nap tadi, dah bath; nak makan, pastu study!

Feeling-feeling ja macam freshers, hakikat sebenar masih lagi final year student.

Danke

P.S: Sabun Buih mandi untuk bath tub disponsor/giveaway oleh Mahadi dan Elly. Terima kasih.


Leave a Reply

See also: