define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Spin - Pagi Hari di Durham

Spin

Dua tiga hari ini chaotic sedikit. Semalam menghadap supervisor, jadi emosi naik turun sebelum itu. Ada 2 orang Malaysian ~ Rinzal dan Zikri yang duduk sekejap kat rumah aku sementara nak cari rumah. Semalam juga, abang si Hasnol sampai. Dia pun mula study di Durham.

Quite a lot of stuff happening in my busy period. Kesian jugak sebab aku suruh Rinzal dan Zikri pandai-pandai sendiri untuk makan sebab aku tak dapat nak melayan. Well, sebenarnya takdelah perlu kesian sebab diorang dua-dua dah besar panjang pun, tapi aku ada sedikit rasa untuk jadi host yang baik; but then I’m in my final few months, so I should pity myself more.

Mak aku gelak besar bila aku share komen/nasihat Unik pada aku. Semalam baru sempat untuk call panjang sedikit.

Oh, Kak Khalidah’s step mom baru saja meninggal dunia semalam. Al fatihah buat arwah. Aku dan bebudak Labu pernah juga jumpa dua tiga kali sebab kitorang stopover rumah dia waktu projek kat sekolah kak aku dulu. She was a nice lady and one great cook. May Allah bless her.

Begitulah.

Banyak juga benda yang berlaku dalam tempoh masa yang singkat. Oh, Kak Nur dah balik ke Malaysia. Kak Nur dah habiskan pengajian dia dan dah dapat Dr dah pun.

And somehow I’m glad that Hafidz is back. Dia jadi aku punya penyerap stress sekarang ni.

With that say, hendak pergi makan. Lapar sudah.

Ciao.


2 Responses to “Spin”

  1. tulip says:

    fighting!! :)

  2. kNur says:

    On behalf of him, thanks for everything. Jangan stress-stress ya, you can do it.

Leave a Reply

See also: