define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Legit - Pagi Hari di Durham

Legit

Aku potong rambut pendek lagi. Nombor 2 atas, nombor 1 kat tepi.

Tiga empat bulan lepas, aku potong rambut pendek juga. Tapi itu sehari selepas aku anak sedara aku, Jannah, meninggal. Bukanlah berkabung. Saja. Sebagai tanda.

Kadang-kadang aku suka juga buat begini. Pernah zaman USM dahulu, aku botakkan kepala malam 1 Ramadhan. Yang ni bukan cukur pendek-pendek. Memang botak licin. Yang mana selepas tu baru aku tahu yang mungkin ada regulasi yang menghalang pelajar membotakkan kepala kecuali memang botak secara semula jadi.

I’m weird like that. If you aren’t aware of that, you just do not know me.

Ada siapa entah tanya, sama ada emak aku kisah atau tak kalau potong rambut pendek. Mak aku tak kisah. Dia lagi suka. Sebab menurutnya, lagi jimat sebab tak perlu potong rambut selalu.

Oh, potong rambut kali ini tak bersebab. Saja potong sebab semester baru bakal mula minggu depan. Selalunya rambut pendek ni, agak best bila dah satu dua minggu tumbuh. So taknak potong nanti bila semester baru dah mula.

Saying that, bukanlah ada agenda apa pun untuk semester baru. Hari itu bercadang macam hendak minta mengajar tutorial, tapi aku batalkan niat sebab tidak mahu menggangu kosentrasi terhadap penulisan yang pada biasanya memang tidak dapat concentrate pun.

Sila jangan ganggu aku dengan drama-drama picisan. Well, tulis di blog pun tidak guna kerana orang yang mahu kongsi drama-drama picisan ini tidak pun baca blog ini.

Aku siap bergosip dengan kawan aku, kadang-kadang ada orang yang punya drama yang tidak legit! Kalau hendak berdrama pun, biarlah legit sikit.

Contohnya begini (bukan drama sebenar). Katakanlah Teja (bukan nama sebenar) tidak dapat balasan mesej FB daripada Ratna (bukan nama sebenar), tapi Teja nampak Ratna update status di wall, dan juga like page Ke$ha dan Amri (motip nama sendiri dijadikan contoh?); maka… Teja terus terasa hati. Persoalan Teja: Kenapa boleh update status di wall tapi tidak balas mesej? Jadi Teja pun menghubungi aku untuk meluahkan ketidakpuashatian di dada. Teja rasa Ratna saja mahu mengelak dengannya. Teja rasa gusar. Teja rasa sedih.

BOLEH?

Ini adalah contoh drama yang tidak legit. Drama ini boleh diceritakan kepada rakan-rakan sepenggosipan yang sekepala, but not me!

Contoh-contoh drama yang legit ialah*: family sakit, research ada problem, takde rumah.

Contoh-contoh drama yang tidak legit*: subjek sedang tarik tali dalam hubungan percintaan, kerisauan terhadap orang-orang bujang yang masih lagi belum mempunyai calon, rindu kerana lama tidak berbual di telefon (phone works both way okay?).

Contoh-contoh drama separa legit*: hendak makan apa untuk dinner, roti Danish yang kehabisan di Tesco, donut Divine Chocolate yang tidak lagi dijual di Tesco, cuaca sejuk di luar, pinggan yang tidak berbasuh, internet yang problematic.

Sekian.

*Legitimate drama itu menurut takrifan rasa dan hati aku, so bangkangan tidak diterima

**Sila bayangkan aku menaip dengan rambut pendek yang macam gangster itu. Oh, tapi misai/janggut dah cukur, so cutelah sikit. Oops.


6 Responses to “Legit”

  1. Nisa says:

    cute kah?? jangan sentap :)
    macam watak Michael Scofield dalam Prison Break… Rambutnya aja :)

  2. blubell says:

    Hey! lama tak singgah sini. haha. Wells… drama…

  3. WaReMoN says:

    ang dah tumbuh jambang byk gile

  4. Kak ZbZ says:

    Abg Naso selalu potong yg No 2 jugak. Dia potong sendiri je…

  5. eetnayrah says:

    ok.. itu menampakkan anda sangat lain wahai En.Amri.

  6. lady windsor says:

    Cute? kepala rambut no 2 cute? owh ya…memang cute!!! sebab semua anak buah saya yang lelaki potong rambut no 2 dan 1..well done..kemas nampak!

    Mula2 tengok tajuk legit? I thot kek lapis legit…hik!hik!

Leave a Reply

See also: