Bercuti di UK: Part 2 – Bekalan makanan

Sila baca Bercuti Di UK Part 1 di sini.

Tiba-tiba terasa lapar. Dan bila lapar, selalu dapat idea nak menulis. Plus ada, seorang kakak ni, Kak Ina ada tanya fasal travelling in UK. Walaupun ini bukan soalan yang ditanya, tapi aku rasa nak cover part ni. Iaitu bekalan makanan. Sorry, sebab sekarang orang kan tengah mood raya…

Biasanya kalau datang UK, banyak orang akan makan di luar. Kalau di London, aku selalu bawa kawan-kawan aku ke Malaysia Hall ataupun kedai-kedai ayam goreng. Semua ni untuk bajetlah. Tapi still, ramai orang datang UK on budget, dan ada juga yang mahu jimat sebaik mungkin, supaya duit tu boleh guna untuk tiket masuk ini itukah ataupun beli cenderamata.

Maka, cubalah berjimat dari segi makanan. Kalau ada bawa bekalan makanan, sekurang-kurangnya dah boleh cover breakfast. Because, let’s keep it real, kalau makan kat luar, ataupun beli apa-apa kat kedai runcit mahupun Tesco, paling koman dah abis dalam 2 pounds.

Maka berikut ialah cadangan untuk makanan yang boleh dibawa bagi penjimatan ketika berada di UK.

1) Serbuk minuman

Bawalah serbuk minuman ~ Milo 3 in 1, Kopi Gano atau teh tarik. Hotel atau hostel memang ada air panas dan cawan/mug, so dah boleh jimat dah. Kalau tiba-tiba kempunan nak minum Milo/teh tarik, dah 1 pound dah kat Malaysian Hall.

2) Roti inti kari

Berdasarkan pengalaman sendiri, bila terasa lapar, makan yang pedas-pedas juga yang best. Kan ke ada roti berkrim dijual, tapi ada gak kan roti yang inti ikan bilis atau kari? So, beli yang tu. Yang ni boleh dimasukkan dalam beg bila berjalan-jalan, dan kalau terasa lapar, boleh stop dekat kedai kopi, beli kopi jer. Pastu makan roti ni. Don’t worry, kalau bawa masuk Costa ke, Starbucks ke, diorang tak kisah punya.

3) Maggi

Ini kira pentinglah kan. Variasikan. Larat nak megi kari jer kan. Maggi sangat penting bila tiba-tiba terasa lapar di tengah malam dan kedai jauh dari tempat kediaman. Kalau kat sini, ada juga jual mi segera dalam cup tu. Jenama Pot Noodles. Cer tengok, ada yang perasa ayam/daging tapi yang dia tulis suitable for vegetarian, sebab dia guna mushroom based.

Tapi yang tuh dah 1 pounds lebih. See.. Dah berjimat dah kalau bawak stok sendiri dari Malaysia.

4) Makanan berat

Kalau katakan flight tu sampai kat UK dalam tengah malam, boleh jer kalau nak bawak ayam goreng/mi goreng/bihun goreng/nasi goreng.

13-14 jam flight tu ~ dia boleh tahan patutnya. Sesampai sini, sampai hostel boleh panaskan dalam microwave. Kalau hotel susah sikit lah sebab hotel biasanya takde microwave. Tapi ni kira bajet gila lah nih. But still, kadang-kadang ada orang yang tak suka makan ringan-ringan. So, apa rugi nak bawak benda ni kan? Sebelum naik flight tu, beli KFC siap-siap, dan kemudian boh dalam tupperware kedap udara supaya tak bau satu kapal terbang. Balut plastik 2-3 kali dan bubuh dalam beg galas. Ayam goreng mahupun mi goreng, kalau lalu security, dia boleh lepas. Ini telah dibuktikan melalui pengalaman. Jangan dok gatal bawa mi kuah pulak.

Tapi ingat, makanan panas ni kena tunggu sejuk sikit, kalau tak tupperware tu berwap.

5) Panadol

Bukanlah makanan, tapi sebab masuk kot mulut, so aku include sekali. Bawa juga Panadol dari Malaysia. Well, taklah murah berbanding sini, tapi kalau tetiba tak sihat baru nak cari, susah jugak. Kalau nak lebih advance, bawak sekali antibiotik. Ini memang payah dapat kat UK sebab doktor UK tak kasi antibiotik kalau sakit. Dia suruh beli panadol ja.

6) Cekedi

Bawaklah Twisties, Ring Ring mahupun Nini cokolat celup. Ini pun untuk bekalan jalan-jalan. Nanti, sambil berjalan-jalan di Buckingham Palace, ataupun bersiar di tepi Thames River dan terasa lapar, bolehlah kunyah benda ni. Chip yang dalam pack tu, kalau kat Tesco yang saiz kecik dah dalam 50p. Dah boleh save untuk beli survenir dah tuh.

Itulah dia.

Barang-barang berikut, harga dia kat Malaysia dan UK lebih kurang sama, so takyahlah bawa. Cari jer kat Tesco sini:- Cereal, roti, jem.

In the end, kalau makanan tu tak habis (means bad planning), dan beg sudah tak muat, bolehlah pergi kat Malaysian Hall, cari mana-mana student kat situ dan bagi kat diorang makanan-makanan berlebihan tu. InsyaAllah diorang akan appreciate.

That’s it.

P.S: Guide ni boleh jer kalau nak digunakan untuk orang nak bercuti kat negara lain pun. Misalnya Jepun (ahem).


3 Responses to “Bercuti di UK: Part 2 – Bekalan makanan”

  1. mahir says:

    Gigih tapau biskut raya.kuikuikui

  2. Arabella says:

    mase backpack ke sana dulu just bawa bekal ketupat segera,serunding & snickers..Snickers tu utk breakfast,ketupat & serunding utk lunch sampai dinner ..2-3 hari berturut-turut lah makan macam tu sampai bekalan abis..nak jimat punye pasal..

  3. tqvm amri. at least membantu jugak untuk pack bekalan ke sana nanti. 8 days in london … kurus ler akak kalau ikut menu amri nihh ….

Leave a Reply

See also: