define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); After - Pagi Hari di Durham

After

Gambar raya semalam (diamik daripada Kak Zarina punya FB album)

Tadi call mak. Mak tanya raya macam mana. Risau sikit nak cerita. Sebabnya pagi raya pergi solat raya. Lepas tu, dek kerana bangun awal pagi tu, sampai pukul 2-3 petang, aku dah berpinau-pinau mata. Padahal ada gathering raya orang-orang Malaysia kat Keenan House pukul 3.30petang.

But that’s me ~ makan atau tidur – aku pilih tidur. Tapi tu lah.. Dua tiga hari sebelum raya, aku punya insomnia menggila.

Malam MHI tu (kat UK waktu malam, kat Malaysia pagilah), aku takleh tido sampai pukul 8 pagi.

Malam sebelumnya pulak, aku dok bergosip… well, not really bergosip, sesi luahan perasaan sebenarnya, dengan Syukri sampai pukul 8 pagi jugak. Malam sebelum tu pun macam tu.

Nasib baik malam raya dapat tido sekejap sampai pukul 5, so bangun dan dapatlah aku pergi solat raya. Lepas solat raya, ada sesi tangkap-tangkap gambar, so sakanlah berposing. Oh ya, aku pakai baju kemeja ja

Itu la kaan.. Video raya sakan berbaju Melayu, raya sebenar, pakai baju kemeja ja. Buat macam mana kan, baju raya tak bawak. Tapi dah target, kalau raya haji kat sini, aku nak pakai baju macam ni. Not exactly like that, tapi corak-corak macam tu. Nampak banyak orang-orang tua / mamat-mamat posh pakai macam tu. (Motif..)

Hari raya kedua, which is yesterday, aku lepak kat rumah saja, buat kerja. Ni japgi ada meeting.

Mak mentua abang aku nangis tengok video aku dalam MHI, sebab dia sedih aku raya kat sini sorang-sorang. Rileks-rileks. Syukri lagi tak best. Raya kedua dia ada presentation Masters dia. Miza pulak kena siapkan dissertation dia. Kalau fikir macam tu, obviously I am appreciating my raya :)


4 Responses to “After”

  1. bro, u memang tabah lah!
    respect giler!!

    kalau i lah, dah menangis-nangis kat airport agaknya. tengok kapal terbang lalu ajelah.

  2. Amri says:

    Kalau pergi airport, memanglah rasa sebak.

    Try dok senyap-senyap kat rumah, layan kuih raya. Okey jer :D

  3. ara says:

    teringin jgk nk beraye di luar negara.suasana mesti berbeza.mane nk cari pengalaman camtu lgi kan.anyway,selamat hari raya.nice pics =)

  4. CT says:

    Selamat Hari Raya Amri. Insyallah kita jumpa di kota London bulan Oktober? Uitsss, betul ke? Mesti awk tertanya2…hehehe

Leave a Reply

See also: