Tips: Email Forwarding

Wah, dalam masa 5 jam lebih kurang, dah ada 57 orang share video ni di Facebook. And that’s good, considering sekarang ni baru pukul 9 pagi, time orang-orang Malaysia baru memulakan kehidupan seharian kan. Oh, agaknya ramai yang berjaga malam dek kerana bulan puasa, so diorang share kot?

This a pilot episode of my new video. Entah dari mana tiba-tiba dapat inspirasi untuk buat video log berkenaan komputer. Dan aku mahu juga tengok respon. Well, kalau 57 orang share dalam tempoh 5 jam, aku sudah cukup happy lah. Lagipun aku bercadang untuk cover perihal-perihal komputer berkaitan web, maka benda ni kebanyakan orang boleh relate. Yang detail macam video editing tu, maybe tak kot.

Disebabkan ini pilot, jadi buat simple-simple sahaja. Tak boh muzik kot-kot mana tahu nanti boleh aktifkan advertisement. Kalau boh muzik, nanti ada masalah copyright semua. So biar sahaja tanpa muzik. Nanti untuk episod akan datang, baru cadang nak guna kamera lebih mahal supaya lebih sharp. Dan buat siang hari sebab time malam, lampu kat UK ni lampu kuning. Yang ironi, lampu pengguna diorang jual lampu kuning. Lampu kat jalan, ada pulak yang putih. Hari tu aku ada survey, kalau nama bulb itu warm white, itu maksudnya kaler kuning. Kalau pure white atau day white, baru maksudnya kaler putih.

Anyhow…

Sebenarnya boleh nak improve screenshot untuk waktu surf internet bagi video di atas. But like I said, this is pilot. Kalau penerimaan baik, baru nak buat lelawa sikit next time. Lagipun aku sakit hati sebab dua tiga hari nih, laptop buat hal. Semalam, asal aku render aku punya video, dia force shut down! Ini masalah hardware kah??? Aku harap tak. Aku dah tukar antivirus dari Microsoft Security Essential, kembali kepada Kaspersky. Let’s see. Tadi boleh convert video. So, hopefully, boleh jugaklah.

Berdoa supaya laptop tidak buat hal. Aku nak perabih study ni…


6 Responses to “Tips: Email Forwarding”

  1. WaReMoN says:

    overheat kot?

  2. WaReMoN says:

    yes, ang perlu guna better video recorder :D

  3. Amri says:

    Ha ah Fariz, abang aku pun cakap maybe overheat.

    Of course lah. Nak buat simple-simple dulu sebab pilot. Nak tengok penerimaan dulu macam mana.

  4. sarah says:

    kalo email yahoo cemana? saya buat dia suh upgrade+bayaq..

  5. Amri says:

    Sarah, takleh la kalau yahoo email..

  6. qaseh says:

    nak tnye,kalu nk delete emel mcm mner plak???

Leave a Reply

See also: