Tip Sidai Baju di UK

Kasihan pada mamat Manchester ini, yang mencari tip sidai baju di UK, tapi dibawa ke blog aku yang bercakap fasal sales Next.

sidai

Untuk memberikan pedoman kepada sesiapa yang hendak mencari tips bagi menyidai baju di UK pada masa kelak, aku tulis entri ini.

Adapun beberapa faktor perlulah diambil kira untuk menyidai baju

Nombor 1: Kadar kelembapan atau humidity
Nombor 2: Angin
Nombor 3: Cahaya Matahari

Maka berikut ialah tips yang akan aku kongsi, khas untuk mamat Manchester ini, walaupun tidak pasti dia akan masuk balik ke dalam blog ini ataupun tidak. Mungkin ya, kalau dia bosan-bosan mahu melayan web di iPhone nya :P

1. Sidai di dalam rumah
Sidai di dalam rumah ialah cara terbaik kerana tidak kedapatan penyidai pakaian di luar rumah. Lagipun, cuaca yang tidak menentu dan musim yang berubah-ubah membuatkan hal menyidai baju di luar rumah lebih sukar. Dapatkan penyidai baju seperti dalam Rajah 1 yang boleh didapati di Tesco dalam sekitar harga 10-20 pounds. Dapatkan yang agak kuat supaya dapat menampung seluar jeans yang berat.

sidai2

Rajah 1: Pengampai kain. Gambar diambil dan dipastikan supaya pakaian dalam tidak termasuk di dalam gambar.

2. Air dehumidifier
Dapatkan air dehumidifier atau alat penyahlembab elektrik bagi memudahkan baju kering secara semulajadi. Rujuk Rajah 2 untuk contoh dehumidifier. Pastikan air yang penuh bertakung dibuang setiap hari, bukan untuk mengelakkan nyamuk membiak tetapi dek kerana bagi memastikan kelembapan udara di paras rendah bagi memudahkan proses pengeringan pakaian.

Dengan menggunakan air dehumidifier, pakaian anda akan kering dalam tempoh sehari! (Waah)
humidifier
Rajah 2: Alat penyahlembab elektrik

3. Gantung berdekatan heater
Salah satu cara mempercepatkan kering tambahan lagi ketika musim sejuk ialah menggantung pakaian berdekatan dengan heater (Rujuk Rajah 3). Gunakan hanger untuk menyangkut pakaian di tempat tinggi, juga bakal mempercepat pindah masuk pakaian dari tempat sidai ke dalam almari baju.

Walau bagaimanapun, langkah ini perlulah diambil dengan berjaga-jaga. Bergantung kepada jenis kain, fabrik yang berbeza  mempunyai perbezaan masa untuk kering. Jika suhu pemanas agak tinggi, pakaian yang terlebih kering ini akan menjadi keras dan merosakkan tekstur pakaian.

Juga peringatan yang pernah diterima dari Durham Uni Islamic Society (atau Newcastle, tak ingat pulak) supaya tidak menggantung stokin-stokin yang lembab pada pemanas bagi tujuan menjaga kebersihan.

Oleh kerana pemanas di dalam bilik air biasanya tidak sekuat pemanas di ruang tamu, menggantung tuala di situ biasanya digalakkan.
sidai3
Rajah 3: Baju housemate yang pulang ke Brunei yang disangkut sebelum dia pulang, dan berkemungkinan akan berada di situ sehingga dia kembali. Sila lihat jarak pakaian dari heater sebagai pedoman pada masa akan datang.

Selamat Mencuba! :)


8 Responses to “Tip Sidai Baju di UK”

  1. myra says:

    menarik. kat malaysia pun bole guna time musim tegkujuh

  2. Amri says:

    myra, air dehumidifier tak sesuai digunakan di Malaysia sebab negara kita punya kadar kelembapan yang tinggi. Jadi air dehumidifier tak berapa berkesan.

  3. myra says:

    ooo xleh ke kt try and error ;D

  4. BAGAIMANAKAH TIPS MENGGODA DI UK?

  5. Amri says:

    Sentap….

    Aku tidak pandai menggoda di UK, jadi tidak dapat beri tips. Kekeke.

  6. myra says:

    soaln nyer begitu menggoda ;D

  7. WaReMoN says:

    Jadi pedoman tu, mantaplah :D

  8. awin says:

    Salam Am. sihat? nak contact Am pakai email mana yg senang? nak mintak tips jugak ni.. hehe

Leave a Reply

See also: