Sun goes down

Oh, hari tu buat post yang bertajuk ‘Kesibukan Duniawi’. Lepas tu.. boleh la ada dalam 4-5 orang like kaan. Habis nanti kuar kat Facebook ~ A likes Kesibukan Duniawi. Haiyoh.

Baru teringat apa yang sebenarnya aku nak tulis dalam entri tersebut. Sejak kebelakangan ini sangat busy. Kawan-kawan aku yang mentag aku dalam FB pun tidak sempat aku hendak balas sembang-sembang mereka. Twitter aku paksa diri untuk buka jarang-jarang. Sebab aku ada sedikit masalah jiwa bila nampak simbol (1) dekat browser aku. Maksudnya kalau ada email masuk kah, atau mesej FB kah atau Twitter kah, mula terasa hendak klik. So, please, jangan terasa hati kalau aku tak balas apa-apa.

But saying that, jumpa Miza tadi. Dia cakap yang aku sangat anti sosial di Facebook. See, even kawan yang rapat pun aku tidak sempat hendak melayan di Facebook. Juga ada dua tiga orang yang kadang-kadang tinggalkan komen berbentuk soalan di Youtube. Lagi tak sempat, atau terlupa nak balas. Kalau komen kat FB page, kadang-kadang aku ambil time untuk balas. Sorry suma.. ini kesibukan duniawi. Boleh laa kan.

Saying that, this is my final stage in my study.

I’m so glad of all those people, my family are being so supportive about it. Kadang-kadang telefon mak, aku akan cakap sekejap sahaja. Mak aku kedengaran rileks. Well, of courselah dia rindu kaan (konfiden nih), tapi at least I know her tone. kalau tone dia bunyi okay, kira okaylah. Itu sebab buat lagu raya yang happy-happy. Hari tu, terfikir jugak nak buat Suatu Hari di Hari Raya, ataupun Dendang Perantau. Tapi serius, kalau aku buat yang tu, aku boleh kot menangis sekali sambil menyanyi sebab menghayati. Keke. Nanti kang, kalau cucu-cucu mak aku duk play ulang-ulang, sebak pulak dia. Maka, buat video happy-happy. Plus happy jer pun raya kat sini.

Anyway.. life moves on. Berusaha!!


Leave a Reply

See also: