Still about riot

Masih lagi terasa vibenya hari ini. Again, mungkin kerana di London. And London is actually my playground. So bila sebut nama-nama tempat di London yang kena, terasa macam menusuk sedikit.

Dengar pula ada Malaysian yang kena rompak dek kerana tempias riot ini.

Itu yang aku dan Mahadi, juga aku dan Abang Amir bincangkan tadi.

Yang fasal Norway hari itu, ada seorang psycho yang tiba-tiba ada senjata dan dia letupkan bom dan bunuh ramai orang. Yang di London ini, bukannya sekumpulan orang-orang psycho datang menyerang. Ini orang-orang tempatan yang tiba-tiba buat keganasan.

Dah berlaku juga di bandar-bandar lain. Aku keep up to date dengan Wikipedia sebab diorang update very frequently. Yang terasa ngeri bila memikirkan yang bila mana kekacauan tetiba berlaku di bandar lain, ini bukan disebabkan orang-orang dari London itu pergi ke bandar itu dan mulakan kekacauan. Ini disebabkan ada orang-orang di bandar tersebut yang sekepala dengan orang-orang yang buat kacau di London; terasa hendak buat kacau juga di bandar tersebut.

Aku baca juga beberapa berita fasal kekacauan ini. Katanya juga ada kaitan dengan jurang hidup masyarakat. Orang-orang yang terlibat dalam kekacauan ini ~ yang dalam kalangan tidak ada kerja, yang tak dapat pun mencari kerja.

Aku tidak tahu menahu tentang ekonomi di UK. Tapi memang ekonomi UK merosot dua tiga tahun kebelakangan ni. Pound Sterling pun dah kuat mana. Kalau zaman aku kat Brunel dulu, 1 pound = 7 ringgit. So kalau balik Malaysia, sedaplah sikit belanja kawan-kawan. Sekarang ini, 1 pound = 5 ringgit lebih kurang, yang mana harga barangan kat Malaysia pun dah giler mahal. So, terasa macam sama ja berbelanja kat UK atau Malaysia. Itu sebabnya ramai orang-orang Malaysia boleh jer datang-datang melancong UK sesuka hati sekarang ni kan? :P

Anyhow, back to riot; katanya dek kerana ekonomi yang tidak baik, kurang peluang pekerjaan, jadi wujud golongan yang miskin dalam bandar besar. Itu sebab jadi macam ini. Eh, rasa bersalah pulak untuk cakap tanpa sumber. Sila rujuk sumbernya di sini.

Aku sembang dengan Mahadi dan tertanya, kenapa diorang tak guna askar. Dan nampaknya orang-orang UK dah mula buat FB group buat petition suruh kerahkan askar.

Ada kawan-kawan tanya, tak sampai ke benda tu ke tempat aku? Tidak, dan hopefully tidaklah. Tapi macam yang aku gusarkan tadi. Ini bukan kes orang dari London buat kacau kat sini. Ini kes orang-orang tempatan yang turut serta dalam keraian membakar bandar tempat tinggal diorang.

Anyhow…

Hope it will end soon.

[Sila baca ‘Wikipedia:2011 England riots’ untuk perkembangan dari semasa ke semasa]


6 Responses to “Still about riot”

  1. mahir says:

    Itu sebabnya ramai orang-orang Malaysia boleh jer datang-datang melancong UK sesuka hati sekarang ni kan? :P

    -ayat di atas sgt ouchhh! hahahaha

  2. WaReMoN says:

    askar akan dikerahkan kalu dah darurat. setakat ni polis ja, kiranya still bleh control

  3. rina salleh says:

    google-ing abt london riot and found yours. thank you for sharing. teruskan menulis. take care! :)

  4. Muniza says:

    hari ni sesetengah tmpt dah selamat kn? :)

  5. wow! lama x datang blog ni…hebatlah! macam mana layout hang buat ni? jeles sgt! harap2 hang and the rest of Malaysians will go unharmed…

  6. anyway bro.
    anda masih perlu berhati-hati..
    expect the unexpected..
    chewah~
    tiba-tiba gerun dengan ayat sendiri. tehehe.. ;p

Leave a Reply

See also: