Selepas

Riot dah reda. Harapnya takde kes baru. Sayu juga bila membaca kenyataan ayah kepada 3 orang anaknya yang terbunuh di Birmingham dek kerana nak mempertahankan kawasan mereka daripada rioters. Dengarnya orang kedutaan Pakistan ada datang turun jumpa diorang, sebab diorang ni Pakistani background.

I guess that’s what happen yeah. Bila jadi sesuatu yang tidak berapa baik, orang-orang dari negara asal mereka akan ambil berat. Macam kes Asyraf Haziq lah.

Cuma, di kesempatan kes yang berlaku pada Asyraf Haziq, mahu juga aku telunjuk pada kes-kes sebegini di UK. Mungkin ramai orang-orang kita di Malaysia tidak tahu yang sebenarnya assault sebegini banyak berlaku di UK. Cuma, so far, takdelah yang aku dengar orang kita masuk hospital.

Tapi kawan-kawan aku di Durham ini sudah pun kena diganggu orang-orang tempatan, baik lelaki mahupun perempuan. Kalau perempuan, tambah lagi bertudung, diorang akan kacau dan lemparkan perkataan-perkataan yang kejam. Ada seorang kawan aku yang pernah ditahan budak-budak remaja yang kitorang panggil sebagai chav ini, iaitu pada jangkaan aku, puak yang sama yang mencederakan Asyraf Haziq. Kawan aku ini sampai trauma hendak lalu kawasan dekat area bus station tu sebab budak-budak tu kacau dia.

Well, aku pun pernah ada pengalaman sendiri. Ada juga pernah terserempak dengan budak-budak ni dah cara diorang tegur memang macam nak cari gaduh. Tapi Alhamdulillah la takda apa yang terjadi. 3 tahun lepas, tayar kereta kawan aku yang aku dan kawan aku yang lagi satu tolong jagakan ~ pecah, depan dan belakang dek kerana budak-budak macam ni jugak. Oh, waktu kat East London juga aku pernah kena campak dengan telur. Oh, banyak jugak rupanya…

Dahulu, kawan lelaki aku yang mix Melayu-Cina, selalu risau bila terserempak dengan orang-orang mabuk sebab dia selalu dapat remark racist daripada orang-orang sini. Alhamdulillah, semua antara kami takdelah yang dicederakan secara fizikal. Tapi terpsycho jugak la kan.

Entahlah. UK is safe but at the same time, not. Diharap keprihatinan rakyat Malaysia bukan setakat disebabkan kes itu  dirakam dalam kamera dan dipaparkan di media.

Untuk orang-orang yang bakal datang melancong ke London. Kalau riot ni takde, biasanya central London is safe. Tengah-tengah bandar-bandar di England pun safe jugak. Ataupun, apa kata try pergi Scotland pulak. Scotland best ooh. Diorang cool jer tak join riot riot nih.


9 Responses to “Selepas”

  1. nurul says:

    ngrrr..takut nak pegi..

  2. Muniza says:

    chav tue mmg budak2 remaja yg x da keja ka? huhu.. Bru sy tahu.. Igtkan UK ne kira mcm zero kes jenayah lah. :) hehe.. But still, sy nak sangat2 pegi London.. :D

  3. Dini says:

    Scotland sentiasa di hati ku, heh

  4. WaReMoN says:

    xdak negara yg zero kes jenayah

  5. dzul says:

    aku xleh terima your quote “UK is safe but at the same time, not”. cam xnk bg sapa2 datang melancong je. Well, not all place is safe.. Ramai jer penyangak, penyamun, perompak di serata dunia termasuklah malaysia. Yg travel slalu tu, byk2 lah baca doa minta selamat di perantauan dan dijauhkan dari mereka yg suka menganiaya kita. Amin.

  6. WaReMoN says:

    ang under-analyze. ayat slps tu ada galakan dtg melancong.

  7. dzul says:

    mmg ler ada ayat galakan melancong… tp ayat awal tu spoil everything..

  8. Amri says:

    Rileks la Dzul.. ini kan mood baru lepas riot. Normal lah untuk aku yang duduk kat sini terasa yang negara ni tak safe sangat. Kang kalau pulun promote suruh mai time-time baru lepas riot ni, macam ignorance la pulak :)

  9. dzul says:

    ok.. maybe ter over-anylized.. hehe

Leave a Reply

See also: