Selamat

Selamat berpuasa semua.

Hendak tweet satu status ini. Tapi terfikir dua tiga kali, takut-takut nanti berbaur seperti menunjuk-nunjuk pulak. Maka tidak post. Nah, don’t ask me what I was thinking.

Ayat-ayat biasa sahaja. Yang mana kalau tengah berseloroh dengan kawan, rasanya tidak apa. Tapi twitter ini terlalu umum. Jadi, aku rasa yang ada orang yang tidak akan faham akan joke tersebut.

Paranoid. Aku memang agak paranoid.

Tapi yang sebenarnya berjaga-jaga. Kadang-kadang apa yang ditulis itu biasa sahaja, tapi kalau dibaca oleh orang yang berlainan, lain pula rasanya.

Well, macam soalan ‘bila nak habis’ dan juga ‘balik raya tak tahun ini?’

Daripada perspektif orang yang bertanya, sekadar ingin tahu. Tapi orang yang menjawab ini ~ rasa penat dan letih. Sudah boleh pakai t-shirt yang bertulis seperti yang berikut

Ada soalan?
Pilih jawapan yang berkaitan:

A) Bila jodoh sampai,
B) Bila habis writing,
C) Tak balik raya tahun ini
D) Saya tidak kongsi cerita peribadi di khayalak umum

Lepas itu pakai ke mana-mana.

Idea yang baik. Mungkin aku buat nanti.

Anyway…


7 Responses to “Selamat”

  1. nurulhuda says:

    LIKE..all asnwers..
    if u got that shirt..let me know k..^^

  2. nurulhuda says:

    oh..by d way…
    selamat menempuh berpuasa selama 19 hours..kalau tak silap saya kan…
    Salam Ramadhan..

  3. WaReMoN says:

    ala, aku baru nak tanya ang raya mana ;p

    kalu rajin jgn lupa wat music video raya :D

  4. mahir says:

    Hahahahaha haha haha kbai

  5. Amri says:

    Huda, selamat menyambut Ramadhan juga.

    Fariz, kalau ada kesempatan. Tak best sikit sebab takde cameraman dan geng nak buat video raya.

  6. WaReMoN says:

    oh, betui gak. diorg xdak dekat ang dah kan.

    wat tema “raya berseorangan”, bagi nmpk sedih2 sket :D

  7. anak singa says:

    selamat berpuasa di perantauan… wondering how how do it feel~ (^_^)V

Leave a Reply

See also: