Sam

Tup tup dah masuk hari ke-enam puasa.

Semalam okay sebenarnya. Tak teruk macam malam sebelum. Aku pergi Ustinov dalam pukul 10, jumpa Sam, ex-housemate aku sebab dia nak bertolak pergi ke China untuk kerja kat sana. Ada juga Andy (yang dulu aku, Sam dan Andy rumah sekali), girlfriend Andy, 2 orang budak Engineering dan beberapa orang lagi kawan Sam yang tak join kitorang bersembang.

sam

Gambar: Dengan Sam dalam bilik pool. Baju slim fit ini tidak sesua dipakai time-time berat berkurang sebab meng-kuruskan lagi badan. Even seluar pun macam longgar tadi.

Sam is one of my British friend which I’m quite close with. Last couple of months, he’s been coming to my place to play PS3. So, agak rapat di situ.

Aku pernah cerita dekat kawan British aku yang lain ~ yang Sam siap hantar mesej tanya sama ada dia boleh datang ke rumah untuk main game. Dan orang-orang British tahu yang, kalau konsep menjemput diri sendiri tu ~ maksudnya seseorang itu rapatlah dengan kita. Sebab orang British sangat reserved. Diorang tak kan datang rumah kalau tak dijemput. It’s considered rude.

So yeah. Moga hari ini berlalu dengan baik dan bersemangat macam kelmarin.

Kelmarin jumpa supervisor aku. Dia tanya sama ada aku okay ke tak.

Sebab hari Selasa hari tu aku minta postpone meeting. Aku punya style ini, kalau aku minta postpone meeting, aku tidak beri alasan. Teruk kan? Keke. No worry, my future student can do the same thing! Hehe. But it doesn’t mean that I would not ask why and will agree for it to be postponed.

Aku pun beritahulah pada dia yang hari tu baru start puasa, so aku baru nak adjust.

Kemudian sempat bersembang sikit fasal puasa. Bagitahu yang masa agak panjang, tapi okay.

That’s the thing when you talk to non-muslim here about fasting. I kinda feel obligated of telling them that I could do my daily chores albeit fasting. I can moan about how tired it is, but it doesn’t seems to represent the soul of Ramadhan. Macam hari tu aku cerita fasal perbualan aku dengan Chris. Kalau puasa, lepas tu makan bagai tak ingat dunia bila berbuka; macam fighting the purpose of fasting itself.

Anyway…


6 Responses to “Sam”

  1. cik heroin says:

    selamat berpuasa

  2. eetnayrah says:

    heyy!this is ur fangirl yg tegar wif new email. *email lama kne hack* u look awesome in dat pic!yeeha… *set as wallpaper*
    hahaha.

  3. Amri says:

    cik heroin, selamat berpuasa

    eetnayrah, haiyoh, sila berpada-pada dengan fanatism itu. Keke

  4. eetnayrah says:

    haha.alah.bkn selalu.hehehe.

  5. eetnayrah says:

    haha.fanatism?.alah.bkn selalu.hehehe.

  6. WaReMoN says:

    dah start dah…

Leave a Reply

See also: