Puasa

Hari pertama puasa. Sekarang ni pukul 5.41 petang. Maksudnya ada dalam 3-4 jam lagi hendak berbuka. Tahun ini lama sedikit sebab kena pada musim panas. Adalah dalam 19 jam macam atu.

Itu sebab tadi bila mula sahur, sudah terbaca status-status orang di Malaysia seperti ’8 jam lagi…’, aku pun verbally-roll-eyes~~ Orang di sini lagi lama…

Walau bagaimanapun, aku taklah rasa dek kerana di sini lebih lama, lebih sukar berbanding orang di Malaysia ataupun negara-negara lain. Meskipun rerakan taulan di hemisfera selatan seperti di Australia puasanya lebih pendek tahun ini kerana musim sejuk, tapi cabarannya berbeza-beza.

Kalau musim sejuk, perut lagi mudah lapar. Dan ini ayat separa benar, dan juga separa dengki: Bila berpuasa di negara macam UK ini, temptationnya tidaklah banyak macam di Malaysia. Takde bazar Ramadhan dengan bau-bau wangi makanan, takde iklan-iklan di tv tentang makanan. Makanya, hendak berpuasa itu lebih mudah. Tambah lagi orang bujang seperti aku, tidak ada juga bau-bau makanan dari dapur kalau-kalau orang rumah hendak memasak untuk berbuka. Sekali lagi dikatakan, ayat ini benar tetapi berbaur dengki. Keke.

Terawih start lewat sedikit. Pukul 10.40 kat Masjid Durham. Biasanya aku tidak pergi (boleh? Admit…). Dan biasanya aku akan berjaga sepanjang malam sebab sahur habis pukul 2.38 pagi (itu waktu semalam). Itu cycle biasalah untuk puasa di sini.

Macam aku cakap tadilah, walau di mana berada, ada lebih kurangnya berpuasa. Macam di Malaysia, waktu lebih pendek, senang cari makan, senang pergi Masjid; sini pula, senang kalau hendak elakkan dari bergossip dan bercakap buruk tentang orang lain, senang elakkan ternampak makanan yang boleh pengaruh perut terasa lapar.

Ups and downs – that’s life.

Aku bercakap dengan kawan aku Chris, tentang puasa. Dia tanya sama ada bila berbuka puasa, akan makan banyak-banyak atau biasa-biasa. Sebab dia pernah lepak dengan satu famili Russian yang berpuasa daging pada siang hari (or something like that, ini bukan famili Muslim); yang kemudiannya bila mereka berbuka, mereka melantak bagai nak rak.

Maka aku pun cakaplah; kalau dah berbuka sampai begitu, agak ‘fighting the purpose of fasting’. Dia setuju. So, think about it. Orang bukan Islam pun rasa yang bila berbuka ~ melantak bagai nak rak itu ~ seperti tidak menyahut aspirasi puasa itu sendiri…. :P [Well, ini pun statement benar dan dengki jugak(sebab akan berbuka simple-simple sahaja).Keke]

Selamat Berpuasa semua :)


8 Responses to “Puasa”

  1. eetnayrah says:

    wahhg.trimas kerana update. Entry yg i tggu2

  2. cikPija says:

    tringin nk b’puasa kat tmpt org laen.. ^.^

  3. Amri says:

    eetnayrah, sesama.

    cikPija, mana tahu ada rezeki. Orang cakap kalau berpuasa dekat negara-negara Islam yang lain, agak best jugak (e.g: Turki, Arab countries). Kalau kat negara mat saleh ni, tak terasa kemeriahannya

  4. nurul says:

    amri, saya akan sambung belajar kt Durham October ni insyaAllah..sekarang ni tengah buat preparation la..
    if tak keberatan, saya nak tanya awak few things pasal study kat situ..or if awak ada sesaper yang saya bole contact, appreciate sangat if you can let me know..

    tq so much

  5. Nurul Debat says:

    abg Ammmm!….slmt menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak….kalo msuk slm perantau, bitau yer…hehehe

  6. Amri says:

    nurul, I’d contacted you personally.

    Nurul Debat, selamat berpuasa. Oh, thanks for reminding. Nantilah hantar :D

  7. WaReMoN says:

    yes, sgt defeat purpose kalu melantak *roll eyes*

  8. eetnayrah says:

    bestnye jd nurul.dpt jumpe amri.huhu.jeles sgt…huhu.
    Nk further kt durham gak.kt situ ad bidang logistic o biss transportation x?huhu

Leave a Reply

See also: