Jiwa kacau

[Ini jiwa kacau - mode penulis BKT. Keke]

Saya ini pelik orangnya. Berapa orang di dalam dunia ini punya code-of-conduct bagi social relationship? Mungkin ramai juga. Tapi jarang-jarang.

Saya baru beritahu seorang kawan, kadangkala sesuatu perkara itu tidak perlukan alasan.

Misalnya bila ada orang ajak saya pergi berjalan-jalan di bandar.

Saya katakan tidak mahu. Biasanya saya akan henti di situ. Tidak ada lanjutan, ‘hendak buat sesuatu’ melainkan jika benar-benar perlu buat sesuatu. Kalau tidak, cukup saja saya katakan ‘tidak mahu’. Ada kawan saya yang suka memujuk. Ajak pergi lagi. Mungkin kerana bagi dirinya, kalau dia kata tidak mahu, dia mahu dipujuk. Saya tidak begitu. Kalau kawan saya kata tidak mahu, saya biar saja. Buat apa hendak pujuk-pujuk. Itu konsep membuang masa.

Itu sebab kadangkala saya berkata, saya tidak akan berkahwin dengan perempuan yang asyik-asyik mahu dipujuk. Memenatkan kepala dan meletihkan minda. Tapi jodoh semua di tangan Illahi. Mana saya tahu saya kahwin dengan perempuan macam mana ataupun kahwin atau tidak.

Saya cuba sedaya upaya untuk tidak guna sewenang-wenang lafaz InsyaAllah. Itu sebab, kalau ada orang tiba-tiba suruh saya kirim salam pada orang-orang tertentu, saya diam saja. Ataupun paling lebih saya cakap ‘tengoklah’. Sebab memang saya tahu saya ada potensi besar untuk tidak sampaikan salam tersebut.

Rakan-rakan saya juga begitu. Daripada yang memang sekepala, yang jenis bossy, sehinggalah yang sangat menggedik, mereka faham akan saya. Kalau tiba-tiba di tengah perbualan, saya kata saya perlu ciao, maka saya akan ciao, dan mereka faham sahaja.

Kawan baik saya akan beritahu yang dia dalam ‘mode manja’, baru saya biarkan kalau dia hendak mengada-ngada. Kalau hendak mengada-ngada sepanjang masa, saya letih.

Saya tidak reti hendak bermesej-mesej untuk berbual-bual di FB/Twitter melainkan untuk berbincang tentang sesuatu hal ataupun berseloroh sekali sekala. Tahun lepas saya dimesej hampir setiap hari daripada orang yang saya tidak kenal, dan mula tanya soalan-soalan bukan-bukan. Jadi saya sedikit trauma. Maka, kalau anda ada apa-apa yang hendak ditanya, saya akan jawab secara umum di blog. Kalau saya mampu jawab, saya jawab. Kalau saya tidak mahu jawab, saya biasanya akan beritahu secara terus. Itu memang pernah saya buat. Kalau masih lagi bertanya, saya letih.

Kawan saya, dia tinggalkan barang-barang di rumah saya. Saya caj dengan suruh dia belanja saya makan. Kawan saya lagi seorang, suruh saya tengokkan komputer dia. Saya caj juga suruh dia belanja makan. Ada juga kawan yang suruh saya tolong ini dan itu, tapi saya tidak caj. Caj adalah berdasarkan rasa hati pada ketika itu.

Tapi kalau belanja saya makan terlebih dahulu, sila jangan harap saya akan tolong di kemudian hari. Saya persoalkan keikhlasan belanja makan itu kalau harapkan balasan dari saya. Kalau mahu saya buat sesuatu, let’s talk business.

Saya ini mudah. Tanya sahaja. Kalau saya mampu, saya jawab walaupun lambat sedikit. Kalau saya tidak jawab, sama ada saya terlupa ataupun buat-buat lupa. Adakalanya saya semak email guna telefon bimbit ketika berbaring baru mahu bangun. Kemudian terlupa.

Tapi, kalau mahu perhubungan saya dan anda efektif, sila tahan jika saya bercakap terus.

Ada kawan saya bertanya. Adakah saya berminat dengan perempuan yang straight forward datang mengorat. Jawapan saya, ‘kalau dia pun tidak kisah straight forward direject’. Itu namanya penjimatan masa. Kenapa mahu buang masa dua tiga bulan hendak read between the lines. Tanya saja. Mudah, ringkas, tepat dan padat. Kemudian, masa boleh digunakan/dibuang dengan perkara-perkara lain yang tidak memeningkan jiwa.


19 Responses to “Jiwa kacau”

  1. tulip says:

    mmg kacau ;D

  2. mahir says:

    Sampai trauma. Ish ish ish

  3. Amri says:

    tulip, mahir; segarnya korang siap boleh layan internet lagi (waktu sekarang: 5.42am Malaysia)

    Dah tak kacau dah. Dah kenyang :P

  4. mahir says:

    Sedang bersahur dan menanti subuh. Xsabarnya nak tido haha

  5. eetnayrah says:

    haha..ok encik amri.pengakuan anda sgt jitu..lepas membaca semua ini,sy rasa cm dh lama knl anda *perasan sorg2*.haha..
    Anda jujur. Like like like.

  6. unikamri_fan says:

    mmg la jiwa kacau..
    wat video mcm beruk..
    mmg btul teori charles darwin yg manusia asal dr beruk..
    tgk je la ko ngan unik..
    sumpah beruk

  7. mahir says:

    to unikamri_fan, please Act your age, not your shoe size.

  8. nurulhuda says:

    to unikamri_fan….behave urself..

    nampak gayanya, unikamri_fan… dh tinggalkan kesan yg tak elok..

  9. eetnayrah says:

    unikamri_fan hahaha.. yg ckp pun mcm berukk kannn???

  10. SENTAP SANGAT!! ku jua jujor tetapi tak siapa yang mengappreciate kejujoran tersebut. :’(

  11. WaReMoN says:

    yes, less reading between the lines, more straight forward. malas betui fikir lebih2, pastu kena marah sbb x pandai predict. gile ke ape

  12. Nurul Debat says:

    unikamri_fan :-) (senyum perli)

    kalo pun rs diri tuh dh ‘byk sgt amalan’, tak perlu la smpai nk berok2 kan org di bulan Ramadhan yg mulia nii…..

  13. Dini says:

    I like! hahah.

  14. unikamri_fan says:

    wow..
    kalau I mcm beruk,dh lame I wat video mcm amri nih..

  15. myra says:

    unikamri_fan.
    ..
    .
    .
    ape lah yang awk tak puas hati tu. aww aaww kasaq nye ayat. maap noh

  16. unikamri_fan says:

    myra : maaf?maaf anda diterima.Nak number boleh? ;-*

  17. unikamri_fan says:

    Nantikan kemunculan rapper terunggul melayu,Ehminum yg bakal menggegarkan dunia.Lagi gegar dari riot di UK.Apa barang dok merusuh kat UK sedangkan kita ada rapper yang boleh menggegarkan dunia sehingga hampir kiamat!JYEAH!!!!!666 /@\ HOVA

  18. unikamri_fan says:

    Oh lagi 1.Ehminum nak buat collabo dgn unik dlm video ‘suka tgk cara kau menipu’(love the way you lie).Boleh tak?Trust me,he’s damn good!JYEAH!!!666 /@\ HOVA

  19. unikamri_fan says:

    Oh ehminum nak comment sikit ttg nama website amri.Dia mintak tukar nama website ni.SolarStreak?tak stylo la bro.sorry ah.mintak tukar ehminumstreak.com ke.Just an opinion though..

Leave a Reply

See also: