Hati

[Post kedua hari ini]

Ini mungkin entri ulangan. Entahlah. Dah banyak sangat benda dikongsi di dalam blog. Sampai terlupa yang mana satu sudah cerita, yang mana satu tidak. Tapi inikan internet. Zaman di mana kalau sesuatu itu tidak mahu dibaca atau dilihat, butang pangkah itu dihujung jari.

Abah pernah cakap, kalau sesuatu itu dibuat daripada hati, memang lain hasilnya. Contoh abah dahulu bila sewaktu kecil aku bertanya. Kenapa bila lihat anak sepupu, aku rasa anak-anak sepupu aku sangat comel. Rasa geram dan mahu dipicit-picit. Tapi bila lihat anak orang lain, tidak rasa comel pun; tapi ibu bapanya masih rasa anak mereka comel.

Oh, aku mungkin tidak pandai memfrasa semulakan kata-kata aku sedari kecil. Ayat-ayat aku memang kadangkala kejam, walau ada benarnya.

Maka abah kata, kerana aku lihat dari hati, dan bukannya mata. Maksudnya, entah anak-anak sepupu aku pun mungkinlah tidak comel pada mata orang lain, tapi dek kerana agaknya darah daging sendiri, maka pandangan mata itu melepasi ruang lingkup fizikal semata.

Itu telahan aku lah.

Abah ulang lagi bila kakak aku bercakap bagaimana setiap tahun, senang sahaja dia rapat dengan anak-anak muridnya. Abah cakap, kalau mengajar itu datangnya dari hati, maka orang lain juga bisa nampak.

***

Dua tiga hari ini ada rakan-rakan yang menghantar segulung appresiasi terhadap penulisan cikai-cikai aku di blog yang lagi satu. Kata rakan yang pertama dahulu ~ ceritaku seperti cerpen realiti. Rakan kedua pernah menyangka-nyangka jika cerita itu ceritaku. Tak apa, nanti aku tambah lagi satu watak, apa pula agakmu? Dan baru tadi rakan aku menghantar mesej bercakap hal yang sama.

Aku ini ~ bukanlah suka dipuji. Juga tidak suka dicaci. Tapi dalam pada orang-orang rapat dan tidak rapat suka pada cerita aku yang direka-reka itu, aku tertanya juga diri. Kenapa ya? Tulisan aku bukanlah guna ayat-ayat sastera yang menggila. Cerita biasa-biasa sahaja. Tapi kemudian aku teringat kata-kata abah. Mungkin sebab aku tulis dari hati? Jadi cerita itu punya sentuhan emosi?

Dan itu sebabnya dah lebih setahun pun tak habis-habis lagi ceritanya. Sebab kalau takde hati nak menulis, BKT pun terus sunyi. Keke.


6 Responses to “Hati”

  1. Dini says:

    don’t worry bro Amri, take as much time as you want to write that BKT, we all can wait, well at least I can wait, because it’s worth waiting for, hehe.

  2. Amri says:

    Ah, lama tak dengar from you!
    And thanks :D
    Keep on reading

  3. Dini says:

    been busy with exams, packing etc. yelah, balik Msia for good kan, hahah.

    will do :)

  4. WaReMoN says:

    BKT?

  5. Amri says:

    Fariz, e-novel aku yang bertajuk Belum Ku Temu

  6. WaReMoN says:

    oohh, got it

Leave a Reply

See also: