E&T

Bangun-bangun tadi, tiba-tiba sampai majalah yang bertajuk E&T – Engineering and Technology. Ingatkan majalah atas nama budak-budak yang duduk rumah aku sebelum ni, tapi tengok-tengok ~ nama aku.

Rupa-rupanya, dek kerana dapat membership percuma untuk IET (The Institution of Engineering and Technology) yang sebab menang yang hari tu tu, so dapat sekalilah majalah ni. Wah, terus terasa macam academician sikit bila ala-ala subscribe to educated magazine. Keke.

Mahadi, sila remind aku untuk forwardkan magazine pada hang nanti kalau aku dah balik sebab membership ni setahun.

Sembang dengan mak aku, dia suggest untuk pergi join Mahadi beraya, kalau terasa. Kawan Newcastle aku, Shuki, yang telah disalah anggap sebagai girlfriend aku oleh orang lain termasuk oleh abang aku [haruslah buat press conference kat sini kaan], ajak beraya dengan dia.  Aku bagitahu diorang yang aku taknak decide sehinggalah mendekati hari raya. Tidak terasa hendak ke mana-mana di saat-saat sedang menulis nih. Well, bukan tak boleh. Tapi malas nak janji. Nanti janji-janji, pastu takleh pulak. Susah nak cancel.

Telefon Mahadi tadi. Tanya dia posa bagaimana. Tanya sama ada aku sorang jer kah yang penat bagai di petang hari. Dia pun sama. So, takpelah.

Sekarang ni, lepas sahur aku study/main game Plants vs Zombie. Sejak pasang cooling pad, dah takde force shutdown. Alhamdulillah. Kalau tak penat gak.

***

Cuaca dah sejuk sejak kebelakangan nih. Agak tak best sebab malam-malam pun pasang heater kadang-kadang.

***

Ah, semalam timbang, dah kurang lagi 1kg! Maybe dehydrated kot. Sangat tidak best. Takpelah, nantilah cuba regain balik weight lepas bulan posa.


One Response to “E&T”

  1. WaReMoN says:

    wah, nama pun Shuki. mcm org Jepun bunyinya

Leave a Reply

See also: