Belakang tabir

Yesterday was a roller coaster.

Aku tak dapat tido semalam. Dah pukul 10 pagi pun tak tido-tido lagi. Kemudian ada meeting pulak dengan supervisor pukul 3 petang.

Sambil meeting, aku dok tahan menguap. Nasib baiklah discussion ketika meeting itu meyakinkan. Jadi, lega sedikit. Sampai rumah, tunggu kejap sebab Syukri kata nak datang, so lepas tu terus tido sementara nak tunggu beberapa jam nak berbuka.

Pukul 8 malam, bangun dan masak untuk berbuka. Sekarang waktu buka puasa dah semakin awal. Dalam 8.30 malam hari ni.

Lepas berbuka, kitorang mula planning untuk lagu raya. Hari tu Syukri datang rumah aku lepak-lepak dan aku bercerita pada dia fasal projek video raya kali ini. So, aku pun demo la sikit lirik lagu raya yang aku ubah. Pastu dia pun ala-ala menyanyi sekali.

“Eh, ko boleh menyanyi kah?”

Syukri gelak. Pastu aku paksa dia untuk nyanyi dan set, dia telah diinclude sebagai penyanyi dalam video raya akan datang ni. Keke, habis semua kawan-kawan aku aku paksa nyanyi dalam video-video aku.

So, selepas menukar lirik mana-mana yang patut untuk lagu raya esoknya, kitorang pun melayan cheesecake. Yes, I’ve been eating cheese cakes like every night for a week now. Aku memang macam tu. Kalau aku dah suka satu benda, aku akan stay makan sampai muak. Lepas tu bila bosan, baru beralih pulak.

Kitorang makan cheesecake sambil tengok The Glee Project (sapa yang tengok jugak jangan spoil, sebab aku tak up to date). Aku tengok yang episode ‘Believability’ – peserta-peserta dia kena menghayati lagu lah untuk episod ni. That’s the challenge

Lepas tengok The Glee Project, sesi ber-glee untuk lagu raya pula bagi aku dan Syukri. So, sambil-sambil tu aku pun ala-ala merelate konsep The Glee Project itu sambil suruh Syukri relaks dan chill.

Oh, and the irony is Syukri is also Bruneian. Which is as Hafidz, Zeah and Zatul (these 2 girls yang dalam video raya dua tiga tahun lepas). Oh, ini bukan prejudis tidak memilih Malaysian (keke), just accidental sa-ha-ja.

Ada satu part dalam lirik lagu raya tu, ada perkataan ‘tak’. Jenuh aku duk perbetul sebutan Syukri sebab cara dia sebut ‘tak’ tu macam pelik sikit. Well, Bruneian biasa sebut ‘inda’ pula. Tapi taknaklah guna ‘inda’ sebab tak general to the public lah.

So, in few hours, kawan-kawan aku yang lain akan datang untuk shoot video raya! Hey hey :D


Leave a Reply

See also: