define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Knackered is the word - Pagi Hari di Durham

Knackered is the word

Ini adalah sesi luahan perasaan yang tidak mahu dipujuk.

Oh, I got this style of conversation with one of my best friend.

“Do you want to just let it out, or are you asking for opinion?”

Or sometimes, she’ll go like, ‘I just want to let it out’. So in that case, takyah komen apa. Sekadar mendengar.

Maka, ini adalah sesi luahan perasaan yang tidak mahu dipujuk.
Hari ke empat. Dan hari ini sangat penat. I’m actually typing this at 1.43am. Yang mana sekarang ni boleh makan lagi sebab tak masuk Subuh lagi. Tapi hari ini agak drained out sebenarnya. Mungkin dek kerana bila masuk pukul 2 pagi, aku akan sumbat masuk makanan sebagai sahur walaupun perut kenyang lagi waktu itu. Mungkin jugak sebab pagi tadi berjaga. Jadi letihnya terasa.

Even selepas berbuka puasa pun, masih lagi terasa penat.

I’m so not looking forward for my meeting tomorrow, to be honest.

But then I called Mahadi. Lama tidak sembang dengan dia. Elly angkat sebab Mahadi tengah drive. Aku tanyalah diorang berbuka pukul berapa. Dalam 9.15, kata Elly. Okaylah lewat sedikit sahaja dari Durham. Memang itu agakan aku sebab biasanya kalau musim sejuk, hari diorang lebih pendek dari Durham, dan bila musim panas, hari diorang lebih panjang dek kerana diorang dekat utara lagi.

Pastu aku tanya waktu sahur. Elly cakap, dalam 1.17 pagi. Aiyo. Baru feeling-feeling Durham dah cukup panjang, Dundee waaaay longer. Kitorang, at least sahur habis dalam 2.40 pagi.

Well… tak apalah. Lagi 10 minit nak pukul 2. Nak pergi sahur dan kemudian¬† tido kot.


One Response to “Knackered is the word”

  1. mahir says:

    ooooo

Leave a Reply

See also: