Oh, lupa letak tajuk

Baru bangun. Well, tadi tidur pun dah pukul 7 pagi. Lepas sahur semalam, ada fokus sedikit untuk menghadap writing. Kalau tiba-tiba ada semangat, berjaga sahaja. Dan baiknya kat sini, walaupun bangun dalam pukul 4 petang, taklah rasa kering macam bangun tengahhari kat Malaysia. Tambah lagi, hujan sejak kebelakangan nih.

Tapi kira standard panas jugalah kat sini.

Bangun pagi ~ dan dapat surat dari syarikat elektrik dan gas. Katanya bil gas dan elektrik akan naik mulai bulan depan. Uh.

Semalam call mak. Just bagitahu fasal bulan puasa kat sini.

Mak dan ayah aku dah pernah rasa dulu sekejap berpuasa kat UK waktu tahun 2008. So, mak aku dapat bayangkanlah hari yang panjang. Tapi time tu, sahur habis pukul 4, dan berbuka pukul 8. Sekarang, tambah lagi sejam, depan dan belakang.

Anyway, entah kenapa tak berapa ada idea nak menulis. So dek kerana dah lama tak masukkan gambar dalam blog. So, mari mengorek gambar-gambar…

bushra2

Anak Mahadi, Bushra waktu kat rumah aku bulan lepas. Duk terbaring fokus menonton Amazing Race kat TV.

pendek

Ini gambar ambil semalam. Baru potong rambut.
tanjungdawai

Ini gambar ambil bulan Mei hari tu. Dekat Tanjung Dawai, sementara menunggu makanan sampai. Oh, seriously kamera ini sangat menipu. Padahal realitinya gelap-gelap sikit. Tapi dia enhance sampai nampak kecerahan yang nice.. Keke. Oh, they’re my parents btw.

Dok terbayang, kalau time berbuka puasa, mesti ramai orang kat situ. Oh, sebelah tempat makan ni ada surau, so sesapa nak pergi berbuka, bolehlah ke sana. Senang nak solat lepas tuh.

kad

Kad birthday yang aku dan Ying beli untuk supervisor kitorang sebab birthday dia hari tu. Dek kerana Ying memang selalu kat department, so dialah yang pergi menghantar. Aku ~ sign nama kat dalam sahajalah. Honestly, susah gak nak cari kad birthday untuk orang-orang formal nih. Kalau yang merapu-rapu banyak kat kedai.


11 Responses to “Oh, lupa letak tajuk”

  1. eetnayrah says:

    baru potong rambut. Wahhh. Comel2..hehehe.
    *pensan*
    p/s: dari fangirl yg tegar.haha.

  2. myra says:

    hai r u kedahan ?

  3. Amri says:

    Eetna.. Fangirl tegar kaan… Kalau saya pakai baju selekeh, masih pujikah?? [ayat konfiden]

    myra, yup. I am.

  4. eetnayrah says:

    name pun fangirl tegar..hehe.
    Mest la.tp ni pujian ikhlas dari hati yg suci dan murni ye.hahaha..

  5. myra says:

    haha untung ade fan girl tegar.
    saya lama admire u since “payung” but baru jumpa ur blog.

  6. Amri says:

    myra, wah dah lama tu.. lagu payung…

  7. myra says:

    haha yup. video yang lama tu pon still simpan. tapi knp ada yang baru punyer ? toink toink

  8. WaReMoN says:

    ang potong level 1 ka? aku potong level 2 pun mak aku dah sound :D

  9. Amri says:

    Satu di tepi, kat atas gunting. Patut aku suruh buat dua kat atas, lagi pendek.

    Mak aku tak kisah. Bagi dia, kalau potong pendek, senang jaga, dan lambat pulak nak panjang dan potong balik :D

  10. WaReMoN says:

    pergh, tepi level 1 tu. patut la nipis gile

  11. Mandy says:

    I almost kielld myself when I heard the news about Shia ( < – IN THE STRICTEST JOKING SENSE) . There were also rumors he was going to play Yorrick in "Y the Last Man", which bummed me out, too. I still can't quite place a finger on who would be a great role for Judas Coyne and had the opportunity to meet Neil Jordan's wife in Ireland (but, sadly, thought it was Neil Marshall's wife and talked to her about "Dog Soldiers" instead *sigh* ).Long story short: I, metaphorically, died. Shia has a lot to prove to me if you wants to wear the horns. And I'm about 3 volumes behind on "Locke & Key".I missed everyone (Hill & fans) and am sorry I haven't been on. I've just been super busy is all 2011 is, hopefully, my year to shine

Leave a Reply

See also: