define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Rolling - Pagi Hari di Durham

Rolling

Manakah duit Liverpool?

Tetiba meroyan di pagi hari.

Pergi Liverpool hari tu advance duit sendiri. Hasilnya, kenalah jugak tahan sikit sementara claim nak masuk. Tapi lambat betul. Malas pulak nak follow up. But I should actually.

I’m a weird guy.

I understand mom’s concern of me living alone at the mo. She’s worried if I feel bored. But I don’t. Honestly. I love friends. I love having friends around, but I also love spending time on my own albeit a very unproductive one.

But that’s me.

Maybe sebab dulu waktu kecik, aku selalu main sorang-sorang. Membesar pun sorang-sorang sebab abang dan kak aku takde kat rumah sebab diorang kat sekolah asrama/universiti. So, I’m good.

But life need adaptation. I guess.

Ingat lagi, kalau dulu-dulu dek kerana sorang-sorang, mainan-mainan aku pun taklah senang-senang hendak rosak. Lepas tu Tingkatan 1 anak menakan aku duduk kat rumah. Dan anak menakan tambah satu persatu, terus aku makin tidak kisah kalau barang-barang aku rosak. Buku-buku komik pun banyak yang koyak. Memula sedih gak. But well…

Sekarang ni, kalau aku pergi rumah anak menakan aku, bertambah buku komik diorang. So, ala-ala replace lah.

Waktu aku kecik, aku mula ada habit baca buku novel atau komik sambil makan.

Mak dan abah kadang-kadang marah jugak. Tapi habit tu tak hilang. Sampai ke tua.

Dan sekarang, anak-anak menakan aku pun turut serta. Keke.

The thing about table manner, family aku sangat simple. Kitorang tak kisah untuk tunggu makan sama-sama. Bila lapar, makan. Itu sebab kadang-kadang aku makan berbunyi. Sebab selalu ja makan sorang-sorang, so takde orang tegur.

Hari tu, tiba-tiba tersruuup air berbunyi sikit depan kawan aku – Pierre, James dan Lorenza. Terus diorang sentap. Aku minta maaf lah. Tapi serius aku tak sedar sebab waktu tu aku tengah berangan.

Unik suka berangan jugak. Kak dan abang ipar aku cerita yang dulu, dia boleh baring atas kerusi, pegang pen dan berangan.

Aku sengih saja. Sebab aku pun macam itu.

Aku ingat lagi waktu Tingkatan 1. Aku duduk belakang. Dalam kelas Cikgu Png. Dia bagi masa untuk buat latihan kat papan hitam. So aku buatlah. Dan Alhamdulillah, disebabkan Maths ni aku minat, plus dulu waktu zaman sekolah rendah, kitorang selalu lumba sapa habis buat latihan dulu (such a nerd race eh?); maka aku abis awal. Aku tengok kiri kanan, kawan-kawan lain masih tengah buat. So, aku pun berangan. Jari aku ni, aku pedo-pedo jadi macam bentuk orang, aku berangan buat macam tangan kanan tengah lawan tangan kiri.

Entah berapa lama aku berangan. Sedar-sedar semua mata menumpu pada aku. Rupanya Cikgu Png dah mula mengajar balik dan dia dah baling 2 kapur pada aku. Kapur kedua baru aku sedar. Giler… hanyut dalam angan-angan sendiri.

Lepas tu terus kena duduk depan.

Aku suka. Aku memang suka duduk depan.

Waktu kat KMPP pun aku duduk depan waktu semester pertama. Semester kedua duduk belakang, atas sebab yang bukanlah secret pon, tapi saja malas hendak diberitahu.

Hmm.

Terfikir, sapakah yang akan cliche yang bila mana aku beritahu aku duduk belakang dan taknak bagitahu sebabnya, terus terfikir yang mungkin disebabkan terminat kat mana-mana perempuan yang duduk kat belakang. Sapa terfikir macam itu, sila ubah. I’m not a typical case! Gituh.

Oh tak. Sebenarnya masuk semester kedua, aku sedaya upaya hendak keluar dari kepompong budak-budak skema. Walaupun masih tak berjayalah ketika itu. Tapi yang pentingnya aku terasa ada gap besar sangat antara aku dengan kawan-kawan sepraktikum. Maka dengan sebab itu aku pindah ke belakang. Okay benar. Aku mula kenal dan rapat dengan kawan-kawan lain termasuk Maharuddin, yang turut ke USM.

Oh, Maharuddin ialah sidekick aku for sometimes.

I keep saying this: in my world, I’m the hero and my friend is my sidekick; and of course in their world, they are the hero and I’m their sidekick.

Oh, entri ini tiada arah tuju.

Sekian.


4 Responses to “Rolling”

  1. nurulhuda says:

    teringat waktu darjah 3..
    mula2 suka ja kna duk depan, sampai satu hari, bila budak2 blakang suka main, cikgu suruh tukar duk blkang sekali.. bila dah duk blkg skali.. ape lagi..main2 lah dlm kelas.. dan akhirnya..cikgu suruh duduk depan balik…=D… taktik itu penting..hahah

    living alone sumtime, ada bestnya.. my mom always concern of me living alone. but, seriously, make me independent, itu yg penting.. frens around n pandai2lah nk hidup.. boleh buat apa kita nak.. mmm…

  2. mahir says:

    la sbb xmahu di cop sebagai skema? uhuuuu

  3. WaReMoN says:

    adakah aku masih stay row depan sampai abih 2 semester?

  4. Amri says:

    Fariz, ya :)

Leave a Reply

See also: