Norway

Mahu bercakap fasal Oslo.

Yeah, this is a rare case for me to write some current stuff (other than tv shows) on my blog. A friend of mine says that reading my blog seems like I’m living in my own bubble. Kinda true.

Discover dari wall post kawan Norway aku fasal pengeboman di bandar Oslo dan Utoya di Norway. Dia tak tulis sebiji macam tu, tapi lepas tu aku google, dan dapat cerita. Well, sebenarnya kalau nak baca ringkasan berita dunia yang paling mudah, masuk wikipedia lagi baik. Sebab dia tulis kronologi. Macam gempa bumi Pakistan dulu, dia ada tulis lengkap dari hari ke hari.
Aku menjengah sekejap ke twitter tadi (pukul 6 petang, lebih kurang 3-4jam lepas kejadian), mahu tahu apa orang tulis. Kadang-kadang benda yang baru berlaku, ada orang-orang yang tweet fasal diorang punya pengalaman, so bolehlah dengar betapa teruknya. Salah satu tweet berkenaan hospital yang memerlukan darah O, dan nombor untuk dihubungi.

That’s quite helpful.
Tapi aku dapat baca rupanya salah satu tweet awal ialah kenyataan New York Times yang mana BBC Breaking News (@BBCBreaking) tweet seperti ini.

The New York Times reports that terror group ‘Helpers of the Global Jihad’ have claimed responsibility for #Oslo attacks [link di sini]

dan dalam 15 minit lepas tu, baru tambah tweet berikut

New York Times reports on responsibility claims from a Jihadi group over #Oslo attacks can not be confirmed, the paper adds [link di sini]

Kecoh sekejap di twitter sebab dek kerana status yang pertama, dah ramai orang RT; dan ada orang yang mula maki BBC kerana keluarkan statement tu.

Well, status terkini setakat ini ialah pengebom itu ialah orang right wing dan anti-muslim sebenarnya, bukan any Muslim group.

Satu perbezaan rasa bila aku dah lama duduk di sini ialah bila BBC bawa keluar statement yang pertama itu tanpa sebarang pengesahan, aku sendiri pun terasa marahnya. Bukannya apa, bila ada benda-benda tak elok ini dikaitkan dengan orang Islam, sedikit sebanyak memberi kesan juga pada perhubungan orang tempatan dan orang Islam. Macam aku ~ lelaki, takdelah lagi cerita macam tu, tapi memang aku pernah dengar kawan-kawan perempuan aku yang bertudung diganggu di sini.

Juga waktu aku kat Brunel, salah seorang kakak ini (Muslim Pakistani), buat course sekali aku, dia cerita selepas peristiwa 9/11, rumah dia pernah kena pecah masuk dek orang-orang tempatan yang anti-Muslim. Tahir dulu pun pernah cerita pengalaman buruk diorang lepas 9/11 sampaikan ada satu stesen tv (aku tak ingat yang mana) yang diorang benci disebabkan berita yang berbaur racism.

I guess it’s a different feeling when you live in a country where Muslim is a minority. This sorta of issue is huge for people here.

Just sharing.


Leave a Reply

See also: