define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Next - Pagi Hari di Durham

Next

Ada sales next hari ini. Start pukul 5 pagi. Maka, aku masukkan gambar ni dalam wall FB aku.

271828_10150715129975317_511745316_19594728_2903502_o

Aku berselorohlah, something along the line, “Amalina, Mahadi, Kam, lepas subuh terus boleh pergi shopping”, sebab subuh sekarang ni habis dekat pukul 5 pagi. Rupa-rupanya menjadi perbincangan hangat pulak dalam kalangan orang-orang Malaysia di Durham yang turut bersemangat nak ke sales tersebut.

Pukul 5 pagi aku dapat call dari seorang Malaysian, hendak tanya bagaimana suasananya, tapi aku belum pergi lagi waktu tu. Pukul 6 pagi lebih, pun dapat text dan kemudian call dari seorang lagi Malaysian. Dan juga diminta update fasal sales. Wah, tetiba jadi duta Next.

Tadi pun, nasib baik Syukri semangat hendak pergi, itu sebab aku pergi jugak. Sebab 5 pagi tu, time aku tido.

Honestly, yang aku excited letak iklan tu sebab timingnya ~ pukul 5 pagi. UK ialah negara yang agak tidak seronok hendak keluar dan shopping disebabkan time buka dan tutupnya sangatlah singkat. Kalau weekday, pukul 5 dah katup kedai. London ja lambat sikit pun. Itu sebab aku macam excited bila dengar diorang buka pukul 5 pagi.

Taklah best sangat sales Next. Well, maybe sebab aku memang tak berapa suka baju-baju Next sangat. Jaket Next lawa, tapi baju-baju dia bukan style aku. Hm.. orang-orang kurus macam aku tak berapa matching dengan baju Next. Bolehlah kalau nak try Top Man (tapi itu sangat style mamat-mamat remaja yang dalam belasan tahun).

Syukri shopping banyak gak. Aku ~ beli benda yang tak pernah aku beli sebelum ini. Beli satu seluar tidur petak-petak. Terasa posh pulak pakai seluar tidur petak-petak. Selalunya pakai seluar tracksuit sahaja (atau di Malaysia, kain pelekat; still petak-petak kan). Pastu aku beli cadar, sebab aku hanya ada satu cadar sahaja sebelum ini. Dan lagi… er.. er… ambil satu lilin wangi dan potpuri… {terdengar dari jauh suara Mahadi yang mengeji}. Oklah, ambil sebab murah. Dan macam best sikit boh potpuri dalam jamban. {terdengar lagi suara Mahadi berkata: ah, itu sekadar alasan}.

Sambil-sambil tengok baju dengan Syukri tadi, Syukri pun pegang satu t-shirt. Dan aku cakap, ‘this is really YOUR style’. Dia blur memula. Pastu aku ambil baju lain dan aku suruh dia try yang itu. Dan dia cakap, ‘bukan style aku’ and I guess he realize what I meant earlier.

Aku selalu gak perasan style style baju orang. Kalau baju bersangkut kat bilik laundry (bilik kosong separa stor, kitorang buat jadi tempat sidai baju), aku boleh perasanlah kaler-kaler dan style baju Hafidz dan Hasnol. Sekali tu, aku pernah cakap, ‘this is obviously your shirt’, waktu menuding baju ini baju Hafidz atau baju Hasnol, and he asked ‘what’s that supposed to mean?’. Hehe.

Yang bagusnya kalau perasan style orang ni ialah, senang nak beli baju. Aku selalunya tahu style favourite kak ipar aku, so senang nak beli apa-apa. Tapi, seronok jugak kadang-kadang kalau dapat paksa rerakan memakai baju yang bukan style diorang. Misalnya macam paksa Hafidz pakai baju yang dia pakai dalam video ‘Cinta’. Memang lepas tu aku tak pernah nampak dia pakai baju tu sampailah ke suatu hari.

“Wah, pakai baju nih?” aku excited sebab nampak dia pakai baju yang smart tu ke kuliah sebab dia t-shirt guy.

“Baju lain alum basuh,” and that’s the reason…

Ah, ini gambar lama. Paksa family aku dress up bagai… :P

My family


5 Responses to “Next”

  1. mahir says:

    Kalau pasal shoppa sure lah akan di tanya wuwuwu

  2. WaReMoN says:

    abih satu family kena dressed-up :D

  3. afiqah says:

    assalamualaikum…
    saya afiqah dari johor,malaysia. skang tgh wat degree dlm sains pmbangunan manusia. saya slalu gak tgk lagu2 y dimelayukn, blog n fb “amri”
    sekarang sy tgh wat assigmnt mengenai internet addict. kal0 boleyh saya nk amri jd sbg “mangsa dalam assignmnt” saya.
    saya cume nk tahu profile n bnde2 yang berkaitan dgn internet y pernah amri buat.
    kal0 setuju… sile bg tau a.s.a.p..
    trime kasih sbb sudi bace…=D

  4. zafi says:

    People in uk are addicted to shopping! Barang next kejap je lesap!!! :D

  5. Amri says:

    afiqah, apakah soalan yang hendak ditanya?

    zafi, tak best lah next. River Island lagi best.

Leave a Reply

See also: